“Awak Terlalu Cantik” – Perompak ‘Add’ Mangsa Di Facebook, Siap Ajak Dating Selepas Merompak

Kecantikan merujuk kepada kualiti yang menarik, menawan atau menyenangkan mata. Namun, definisi kecantikan bagi sesetengah individu adalah berbeza-beza.

Ada individu yang menjadikan kecantikan sebagai satu kelebihan yang boleh digunakan dalam kehidupan.

Namun siapa sangka, kecantikan juga menyebabkan seorang perompak jatuh cinta pada mangsa rompaknya.

Wanita Bagi Perompak Wang Tunai $100, Elak Masuk Rumah

Seorang wanita di Indiana, Amerika Syarikat menjadi mangsa rompakan seorang lelaki yang bersenjatakan pistol.

Namun, perompak berkenaan dikatakan terpesona dengan kecantikannya sehingga menyebabkan dia cuba untuk memikat wanita itu.

Kejadian yang dipercayai berlaku apabila wanita yang dikenali sebagai Amber Beraun pulang dari kerja pada jam 4 pagi 8 Mei lalu.

Ketika kejadian, dia dikatakan sedang mengambil surat di peti surat hadapan rumahnya sebelum didatangi oleh perompak lelaki berkenaan.

Perompak kemudian menghalakan pistol kepadanya dan meminta Beraun masuk ke dalam rumah namun Beraun menolak arahan perompak tersebut.

Malah, Beraun dikatakan terus memberi perompak berkenaan wang tunai sebanyak $100 (RM466).

Perompak Tanya Sudah Berpunya Ke Belum & Minta Jadi Rakan Di Facebook

Ketika kejadian, perompak yang dikenali sebagai Damien Boyce kemudian menanyakan status sama ada Beraun telah berpunya atau belum.

Malah, dia dikatakan memaksa Beraun untuk menerima permintaan sebagai rakan di Facebook sambil mengacukan pistol ke arah wanita itu.

Beraun dikatakan menerima permintaan Boyce di Facebook dengan harapan agar lelaki berkenaan melepaskan dirinya dan ternyata lelaki itu terus melepaskannya setelah dia berbuat demikian.

Perompak Terus Mesej Di Facebook

Namun, menurut polis Indiana, Boyce dikatakan menghantar mesej di Facebook Beraun dan menyatakan akan membuat bayaran balik wang yang diberi kepadanya.

Menerusi mesej berkenaan juga, Boyce turut menyatakan Beraun terlalu cantik untuk dirompak dan memintanya bertenang.

“Saya akan bayar semula wang awak, ini bukan cara untuk bertemu seseorang tapi awak terlalu cantik untuk dirompak,” tulis Royce menerusi mesej di Facebook.

Malah, dia juga dilihat berani menghantar beberapa mesej kepada wanita berkenaan setelah kejadian tersebut.

Wanita Trauma, Fobia Dengar Bunyi Bising Waktu Malam

Beraun bagaimanapun masih lagi trauma dan fobia dengan kejadian yang menimpa dirinya.

“Dia cuba merompak barang saya namun dia juga telah merompak rasa selamat apabila berada di rumah sendiri,” katanya menerusi berita tempatan.

Malah, dia juga rasa fobia apabila mendengar bunyi bising di waktu malam ekoran daripada kejadian itu.

Perompak Ditahan Polis Atas Beberapa Kesalahan

Menurut Polis Metropolitan Indiana, Boyce telah ditahan dan didakwa akibat melakukan beberapa kesalahan pada 12 Jun lalu.

Dia didakwa atas kesalahan menembak dan memukul seseorang dalam satu pertengkaran.

Malah, dia juga didakwa atas kesalahan merompak dan memiliki senjata yang menyalahi undang-undang serta merompak menggunakan senjata api pada Rabu lalu dengan jaminan bon sebanyak $7,500 (RM34,995)

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Di Klang Didakwa Upah ‘Pelakon’ RM10,000 Untuk Rompak Dan Bunuh Suami

Baca Artikel Berkaitan: “Padan Muka!” – Perompak Lari Lintang Pukang Lepas Disergah Kucing, Netizen Terhibur [Video]

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

2 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

2 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

3 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

3 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

4 hours ago