MCMC Gesa Orang Ramai Tidak Muat Turun Aplikasi Malware, Pink WhatsApp

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini, 27 Jun menasihatkan orang ramai agar berwaspada sekiranya menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi Malware (hasad) “Pink WhatsApp.”

MCMC dalam satu kenyataan berkata, aplikasi berkenaan kononnya menawarkan ciri keselamatan serta privasi yang lebih baik, antaramuka yang boleh diubah suai, serta keupayaan untuk menghantar fail lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp asal yang biasa digunakan. 

Bagaimanapun, selepas pemasangan, aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar orang ramai antaranya:

  • Gambar
  • SMS
  • Senarai kenalan (contacts)

Semua ini boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius. 

Menurut MCM lagi, pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada WhatsApp yang mengajak pengguna untuk mencuba aplikasi baharu tersebut.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat turun dan memasang aplikasi ”Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka. 

Hanya muat turun dari gedung aplikasi rasmi

MCMC mengesyorkan pengguna untuk hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada gedung aplikasi rasmi seperti

  • Apple App Store
  • Google Play Store
  • Huawei AppGallery

Pengguna juga diminta untuk tidak menyebarluaskan sebarang pautan yang mencurigakan. 

MCMC ingin menekankan kepentingan untuk berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih, mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi maklumat peribadi, serta mengelak daripada memuat turun aplikasi hasad. 

Sebelum ini sebuah agensi di bawah Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India (Ministry of Electronics and Information Technology) telah mengeluarkan amaran tentang bahayanya WhatsApp Pink buat pengguna Android.

Di dalam laporan amaran tersebut, mereka turut memaklumkan aplikasi itu mampu membuatan pengguna hilang kawalan terhadap peranti mereka sekiranya ia dimuat turun.

Bukan sahaja maklumat peribadi bahkan ia mampu mendapatkan One time password (OTP) iaitu kod laluan 6-digit yang kebiasaannya dihantar ke telefon bimbit anda melalui USSD untuk tujuan perbankan.

Sehubungan itu pengguna adalah disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan ”Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di link MCMC di sini atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

7 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

7 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

8 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

8 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

9 hours ago