fbpx
Now Reading
Tragedi Luncur Udara Ragut Nyawa Warga Emas Di Kelantan, Pilot Paraglider Kongsi Cerita Semasa Kejadian [Video]

Tragedi Luncur Udara Ragut Nyawa Warga Emas Di Kelantan, Pilot Paraglider Kongsi Cerita Semasa Kejadian [Video]

Menurut pilot tersebut, kejadian berlaku selepas dia mengajak rakannya itu untuk menguji kipas yang baru dipasang pada paraglider.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan satu kemalangan aktiviti luncur udara (paragliding) yang meragut nyawa seorang warga emas di Kelantan.

Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku di Pantai Irama, Bachok sekitar jam 6.50 petang pada Jumaat lalu (23 Jun).

Menurut laporan Harian Metro, mangsa berusia 60 tahun meninggal dunia akibat lemas manakala rakannya yang juga pengendali berusia 77 tahun terselamat selepas mereka berdua terjatuh ke dalam laut di pantai berkenaan.

Pengawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, kedua mangsa merupakan rakan sekampung.

Pengendali paraglider kongsi cerita semasa kejadian

Terkini, pengendali paraglider itu tampil menceritakan perkara sebenar yang berlaku mengenai kejadian yang tular itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @matyieteghe, warga emas terbabit berkata pada awalnya dia mengajak arwah untuk menemaninya bagi menguji kipas yang baru dipasang pada paraglider memandangkan mereka telah saling mengenali sejak 20 tahun yang lalu.

“Jadi oleh kerana dia (arwah) ni saya kenal, jadi saya panggil dia untuk test kipas baru. Nak tengok kipas ni berupaya ke tidak untuk angkat dua orang,” katanya.

Cadang terbang 5 minit, tapi selepas 3 minit kipas dah tak berfungsi

Pada awalnya, dia bercadang untuk terbang selama lima minit, namun siapa sangka baru tiga minit penerbangan, kipas baharu itu didapati tidak berfungi menyebabkan mereka harus mendarat dengan segera.

Ketika ingin melakukan pusingan untuk mendarat, mereka mendapati kawasan pantai tersebut dipenuhi pengunjung menyebabkan mereka terpaksa melakukan pusingan kedua untuk mencari tempat yang lain.

Pusingan kedua untuk mencari kawasan mendarat tidak sempat

Bagaimanapun, semasa melakukan pusingan kedua dia menyedari mereka tidak sempat untuk mendarat di darat dan terpaksa jatuh di laut.

“Setelah terbang tiga minit saya kesan kipas ni tak boleh pergi, maka saya buat satu pusingan untuk turun. Tempat nak turun ramai orang, jadi saya kalau turun juga mesti langgar orang.

“Saya pusing sekali lagi nak cari tempat lain, jadi pusing sekali lagi tu tak sempat,” katanya lagi.

Menurutnya, semasa ingin jatuh ke laut dia sempat menyentuh bahu arwah sebagai tanda memberitahu mereka dalam situasi kecemasan dan perlu bersedia dalam apa jua situasi.

Tak sempat buka tali pinggang mangsa di bahagian bahu

Namun, ketika terjatuh dia hanya sempat membuka tali pinggang rakannya itu di bahagian pinggang manakala ikatan di bahagian bahu tidak dapat dibuka.

Difahamkan, semasa pasukan penyelamat tiba, berlaku salah faham apabila mereka tidak memahami percakapannya dan tidak tahu bahawa ada seorang lagi mangsa yang sedang tenggelam.

“Bila dia bawa saya ke pantai, saya kata saya terpaksa pergi nak selamatkan seorang lagi. Masa tu baru dia tahu ada seorang lagi. Waktu itu masa dah berlalu lama dah.

“Bila pergi sana balik tu, saya juga yang buka tali pinggang di bahu (arwah). Masa tu buka pun dah terlambat dah,” ujarnya.

Tak dapat tidur memikirkan nasib arwah yang dapat diselamatkan jika tidak terlewat

Jelasnya lagi, kejadian itu menyebabkan dia tidak dapat tidur kerana memikirkan rakannya itu boleh diselamatkan jika pasukan penyelamat tidak membawanya berseorangan ke pantai.

Namun, dia tidak menyalahkan pasukan penyelamat itu sebaliknya menganggap perkara yang terjadi ini sudah ditentukan oleh Allah SWT.

“Saya tak dapat tidur, saya memikirkan hanya 5 saat sahaja kalau dia tak heret saya, saya sempat buka. Tapi tak boleh salah dia sebab benda ni kira ajal dah,” kata pengendali paraglider itu lagi.

Video penuh di TikTok

@matyieteghe

Cerita sebenar dari Pilot paragliding yg terselamat di tregedi pantai irama bachok #paragliding jatuh

♬ Yasirlana Dj Enak – Musik islami

Tular video paraglider terjatuh di laut

Terdahulu tular satu rakaman yang memaparkan sebuah paraglider yang sedang melakukan aktiviti luncur udara terjatuh ke dalam laut di Pantai Irama.

Dalam satu lagi video berasingan yang turut tular, kelihatan pasukan penyelamat sedang membawa mangsa yang juga pengendali paraglider ke kawasan pantai dalam keadaan lemah.

@autohubkl

23jun 2023 pantai irama bachok, dua mangsa paragliding terhempas lebih kurang jam 7pm di pantai irama bachok. Berita lanjut boleh rujuk paparan Berita tempatan. Kredit video/video dipetik daripada acc tt Emy Fieliany. #paraglidingterhempas #paraglidingpantaiiramabachok

♬ Creepy Violins – Apollo Nove
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.