Shopee Buang ‘Listing’ Penjualan Patung Seks Berupa Kanak-Kanak, Sedang Siasat Akaun Penjual Terlibat

Platform e-Dagang terkenal, Shopee sudah pun mengambil langkah membuang produk-produk permainan seks (sex toys) daripada senarai jualan di platform e-dagangnya.

Platform itu juga telah mengharamkan secara kekal (permanent ban) akaun penjual yang berkaitan.

Shopee dalam satu kenyataan yang dikongsikan kepada BuzzKini berkata, tindakan itu dilakukan secara serta-merta sebaik menyedari mengenai perkara itu.

Selain itu mereka juga sedang menyiasat semua akaun penjual yang terlibat.

Tiada tempat untuk kandungan jijik – Shopee

Tegas Shopee, platform jualan mereka tiada ruang untuk kandungan yang menjijikkan. Selain itu mereka juga sedang menjalankan semakan menyeluruh untuk memastikan para pengguna dilindungi dari penjualan sedemikian.

Mereka juga komited untuk memastikan pengalaman membeli belah yang selamat dan menyeronokkan buat para pengguna.

Shopee dalam masa turut menegaskan pihaknya mengambil pendekatan toleransi sifat untuk
penjualan barangan yang menyinggung perasaan platformnya.

Listing patung seks berupa kanak-kanak cetus kemarahan ramai

Terdahulu pengguna media sosial menzahirkan rasa marah dan kecewa selepas tular penjualan patung seks berupa kanak-kanak secara terbuka menerusi platform e-dagang berkenaan.

Lebih menjijikan apabila ada pelanggan yang memuat naik foto memperlihatkan patung itu disarungkan baju kurung berwarna putih dan kain biru pekat yang kebiasaannya dijadikan uniform oleh pelajar sekolah rendah di negara ini.

Penyenaraian produk-produk ini membuatkan majoriti netizen merasakan ia seolah-olah satu langkah untuk menghalalkan perbuatan jenayah pedophilia.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

14 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

14 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

16 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

17 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

18 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

18 hours ago