Platform e-Dagang terkenal, Shopee sudah pun mengambil langkah membuang produk-produk permainan seks (sex toys) daripada senarai jualan di platform e-dagangnya.
Platform itu juga telah mengharamkan secara kekal (permanent ban) akaun penjual yang berkaitan.
Shopee dalam satu kenyataan yang dikongsikan kepada BuzzKini berkata, tindakan itu dilakukan secara serta-merta sebaik menyedari mengenai perkara itu.
Selain itu mereka juga sedang menyiasat semua akaun penjual yang terlibat.
Tiada tempat untuk kandungan jijik – Shopee
Tegas Shopee, platform jualan mereka tiada ruang untuk kandungan yang menjijikkan. Selain itu mereka juga sedang menjalankan semakan menyeluruh untuk memastikan para pengguna dilindungi dari penjualan sedemikian.
Mereka juga komited untuk memastikan pengalaman membeli belah yang selamat dan menyeronokkan buat para pengguna.
Shopee dalam masa turut menegaskan pihaknya mengambil pendekatan toleransi sifat untuk penjualan barangan yang menyinggung perasaan platformnya.
Listing patung seks berupa kanak-kanak cetus kemarahan ramai
Terdahulu pengguna media sosial menzahirkan rasa marah dan kecewa selepas tular penjualan patung seks berupa kanak-kanak secara terbuka menerusi platform e-dagang berkenaan.
Lebih menjijikan apabila ada pelanggan yang memuat naik foto memperlihatkan patung itu disarungkan baju kurung berwarna putih dan kain biru pekat yang kebiasaannya dijadikan uniform oleh pelajar sekolah rendah di negara ini.
Penyenaraian produk-produk ini membuatkan majoriti netizen merasakan ia seolah-olah satu langkah untuk menghalalkan perbuatan jenayah pedophilia.