fbpx
Now Reading
Jijik! Penjualan Patung Seks Berbentuk Kanak Kanak Di Platform e-Dagang Popular Buat Ramai Berang

Jijik! Penjualan Patung Seks Berbentuk Kanak Kanak Di Platform e-Dagang Popular Buat Ramai Berang

Lebih menjijikkan apabila ada patung seks berbentuk kanak-kanak itu yang disarungkan baju kurung berwarna putih dan biru pekat yang kebiasaannya dijadikan uniform oleh pelajar sekolah rendah di negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/trending/2023/06/30/shopee-sudah-buang-listing-penjualan-patung-seks-berupa-kanak-kanak/

[Kemaskini] Shopee dalam satu kenyataan berkata pihaknya sudah memadam kesemua posting tersebut sebaik menyedarinya. Platform e-Dagang itu juga telah mengharamkan secara kekal (permanent ban) akaun penjual yang berkaitan.


Umum mengetahui sejak adanya teknologi yang kian pesat membangun segala-galanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Malah kini pelbagai platform telah mula menawarkan pembelian barangan di atas talian contohnya seperti Shopee.

Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk kedai demi membeli barangan, kerana dengan pesanan online ia akan dihantarkan terus di hadapan pintu.

Tular di Shopee individu jual patung seks berupa kanak-kanak

Walau bagaimanapun, dalam kemudahan itu terdapat segelintir individu yang bertindak menggunakannya ke arah keburukan seperti menjual mainan patung seks berupa kanak-kanak yang menjadi tular di media sosial pada baru-baru ini.

Apa yang lebih menyedihkan penjualan ini seolah-olah seperti menggalakan perbuatan pedophile yang mensasarkan kanak-kanak.

Perkara itu secara tidak langsung telah mencetuskan kebimbangan dan kemarahan di kalangan orang ramai yang merasakan perniagaan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan di Malaysia.

Pembeli di kalangan masyarakat Malaysia

Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh Masitah di Twitter menyatakan rakannya telah berkunjung di platform Shopee dan menjumpai jualan patung seks berbentuk kanak-kanak yang dilakukan secara terbuka.

Dia turut memaklumkan apa yang mengejutkan apabila patung tersebut kebanyakan dibeli oleh individu di Malaysia.

Siap ada pakai baju kurung sekolah rendah!

Menerusi gambar yang dikongsikan ,terdapat pelbagai jenis anak patung seks berupa kanak-kanak dijual di platform berkenaan.

Malah ada juga yang memakai baju seksi, gaun dan juga baju orang dewasa yang sememangnya tidak sesuai digunakan kanak-kanak.

Lebih menjijikan apabila ada patung yang turut disarungkan baju kurung berwarna putih dan biru pekat yang kebiasaannya dijadikan uniform oleh pelajar sekolah rendah di negara ini.

Lebih membimbangkan rata-rata individu yang membeli patung-patung tersebut turut meninggalkan komen ulasan yang ‘menjijikan’ kepada penjual seolah-olah berpuas hati dengan pembelian produk itu hingga ada yang memberikan empat hingga lima bintang.

Harga patung cecah RM4,000

Apa yang mencuri tumpuan, patung ini tidak dijual pada harga murah sebaliknya ia mencecah ribuan ringgit.

Malah di dalam kedam sama, ada juga sex doll yang kononnya berkualiti premium dijual mencecah RM4,000.

Shopee sudah beri maklum balas

Walau bagaimanapun, ciapan itu telah mendapat perhatian Shopee yang memberitahu pihaknya telah memaklumkan kepada pasukan berkaitan agar tindakan selanjutnya dapat dilakukan.

“Sekiranya anda menemui penjual atau senarai produk yang tidak mematuhi polisi Shopee, anda boleh membantu kami dengan melaporkan mereka ya,” katanya.

Netizen kecam hebat, mahu pihak berwajib ambil serius

Ciapan itu turut mendapat pelbagai kecaman di kalangan orang ramai, yang meminta agar Masitah membuat laporan berhubung kes tersebut.

Rata-rata mereka turut tidak bersetuju dengan penjualan tersebut kerana menyifatkan ia hanya akan mengundang kepada gejala pedophile yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak di negara ini.

Malah ramai yang meminta agar pihak berkuasa seperti polis, kastam dan juga menteri untuk mengambil serius di dalam isu tersebut.

Namun semakan kami mendapati pihak Shopee sudah pun memadam sebahagian posting jualan tersebut.

Berikut antara komen yang diberikan netizen:

“Boleh report pada KPDNKK sekali untuk tindakan terhadap seller macam ni.”

“Tolong cari dan hukum penjual menjijikan ini”

[Kemaskini]

[Kemaskini] Shopee dalam satu kenyataan berkata pihaknya sudah memadam kesemua posting tersebut sebaik menyedarinya.

Platform e-Dagang itu juga telah mengharamkan secara kekal (permanent ban) akaun penjual yang berkaitan.

Jelas Shopee, kandungan menjijikkan ini tidak mempunyai tempat di platform mereka. Selain itu mereka juga sedang menjalankan semakan menyeluruh untuk memastikan para pengguna dilindungi dari penjualan sedemikian.

Baca di sini:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.