Kucing ‘Depress’ Lepas Kawannya Dijual, Wanita Ini Anggap Jual Haiwan Sebagai Satu Penyeksaan

Haiwan juga mempunyai perasaan sama seperti manusia. Mereka juga tahu erti kasih sayang, rasa takut serta boleh juga mengalami tekanan sama seperti kita.

Oleh sebab itu, manusia perlu menghormati dan memahami hak makhluk ciptaan Tuhan yang satu ini.

Namun, ada segelintir individu yang sanggup menganiaya haiwan semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan diri sendiri.

Kucing Alami Tekanan Lepas Rakan Kena Jual, Makan Ubat Depress

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter @Midori_nochill, dia mendakwa seekor anak kucing di sebuah kedai haiwan peliharaan dikatakan mengalami tekanan kerana rakannya telah dijual.

Kucing jenis baka British Short Hair (BSH) itu dikatakan mengalami tekanan perasaan sehingga perlu diberikan ubat depress akibat tekanan yang dihadapinya.

Malah, melalui gambar yang dikongsikan oleh wanita berkenaan, kucing itu kelihatan tidak bermaya seolah-olah tidak mempunyai semangat untuk hidup.

Gadis Anggap Jual Haiwan Sebagai Satu Penyeksaan

Gadis berkenaan berpendapat penjualan seperti ini seakan-akan menyeksa haiwan berkenaan terutama dari segi emosi dan mental mereka.

Malah, dia juga dikatakan menawarkan diri kepada penjual tersebut untuk menjaga kucing itu namun penjual menolak tawaran mereka. Penjual berkenaan dikatakan tetap mahu menjual kucing baka BSH itu dengan harga RM2,999.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut bersimpati dengan keadan yang menimpa kucing berkenaan.

Malah ada di antara mereka yang turut mengecam tindakan penjual yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan haiwan comel itu.

Berikut antara komen netizen:

Dah Murung Tu Bagi Free Je Dekat Sesiapa

Kenapa Tak Jual Pakej Beli Satu Percuma Satu

Tak Boleh Ke Banteras Penjualan Kucing, Tukar Kepada Adopt?

Kepada Penjual, Jual La Sepasang, Jangan Pisahkan Mereka

Baca Artikel Berkaitan: Denda RM50,000, Penjara 2 Tahun Kerana Abaikan 5 Kucing Peliharaan Hingga Mati Kelaparan

Baca Artikel Berkaitan: Zoo Negara Lancar Kempen ‘Animal Adoption’ Bagi Bantu Haiwan-Haiwan Di Sana

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

4 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago