Bahasa Inggeris merupakan antara bahasa penting yang perlu dipelajari pada masa kini. Namun, tidak semua orang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang baik terutama dari segi tatabahasa, susunan ayat dan juga dari segi percakapan.
Apa yang penting adalah keyakinan yang boleh membentuk dan menjadikan seseorang itu boleh berbahasa Inggeris dan yakin untuk menggunakannya.
Walau bagaimanapun, sikap sesetengah individu yang sering mempertikai dan mengejek kemahiran Bahasa Inggeris orang lain atau bahasa mudahnya ‘Grammar Nazi’ boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berbahasa.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter @cikguanep, kelihatan satu video yang memaparkan sekumpulan gadis sedang memberikan komen dan ulasan tentang satu mesej.
Mesej itu dipercayai diterima daripada bekas teman lelaki salah seorang gadis dalam video berkenaan.
Menerusi video tersebut, sekumpulan gadis itu dilihat sedang menilai dan memberikan komen terhadap setiap isi kandungan mesej terutamanya dari segi penggunaan Bahasa Inggeris.
“Wei korang, kalau korang break up, make sure English korang, yang korang hantar betul taw, kawan dia pandai-pandai taw, kalau tak betul nanti kena judge,” kata salah seorang gadis di video berkenaan.
Melalui video itu juga, gadis itu dilihat memberikan komen di setiap ayat yang terdapat kesilapan penggunaan Bahasa Inggeris.
“‘We can be a friend’, ya Allah tak payah, ‘we can be friend’ cukup!” kata gadis itu dengan nada yang menjerit.
Di akhir video, kelihatan gadis itu meminta untuk berhenti memberikan komen berkaitan mesej berkenaan kerana didakwa geli dengan mesej bekas teman lelaki rakannya.
“Itu jelah, sebab geli sikit dengan laki b*d*h,” katanya menerusi video berkenaan.
Malah, rakan-rakan gadis yang lain dilihat turut ketawa dan menitipkan pesanan melalui video tersebut.
“Bye, take note ye, take note. Jangan b*d*h,” ujar rakan gadis berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam dan mengutuk tindakan sekumpulan gadis berkenaan.
Malah, ada juga netizen menyokong tindakan bekas teman lelaki yang meninggalkan salah seorang rakan gadis itu disebabkan oleh sikap mereka yang kelihatan suka mengejek orang.
Berikut antara komen netizen:
Baca Artikel Berkaitan: Adibah Noor Tegur Nyanyian Bahasa Inggeris Haqiem Rusli
Baca Artikel Berkaitan: Dr Amalina Bakri Kongsi 4 Tips Lancar Bebahasa Inggeris
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…
Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…