Viral Mengenai ‘Donut Peach’, Ini 5 Khasiat Yang Anda Perlu Tahu

Baru-baru ini tular di TikTok mengenai donut peach atau juga dikenali sebagai flat peach. Ia merupakan buah dari kumpulan peach yang mempunyai bentuk seakan-akan kuih donut.

Buah ini mula menjadi bualan dalam kalangan warganet khususnya di TikTok kerana bentuk dan sifatnya yang agak unik.

Selain daripada mempunyai bentuk yang leper dan lebih gemuk daripada buah pic yang lain, kulitnya berwarna merah dan kuning berbaldu. Bahagian dalam buahnya pula berwarna putih dan ada juga yang berwarna kuning sehingga menarik perhatian ramai.

Oleh kerana bentuknya yang kelihatan seakan-akan kuih tradisional Melayu, iaitu kuih donut, maka majoriti warganet menganggap ia merupakan ‘donut sihat’ yang boleh diambil oleh setiap individu.

Malah, Pakar Otak, Dr. Rizal Abu Bakar turut berkongsi khasiat donut peach. Berikut kami kongsikan lima khasiat donut sihat ini untuk makluman anda.

#1 Kaya Dengan Vitamin C

Foto: Freepik

Buah ini kaya dengan vitamin C. Setiap biji buah ini dikatakan mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sekitar 7 mg.

Seperti yang anda tahu, vitamin C amat penting bagi sistem imun badan manusia dan juga merupakan sumber kolagen semula jadi.

Ibu hamil digalakkan untuk mengambil buah ini kerana sifatnya kaya dengan vitamin C yang boleh membantu pembentukan bayi antaranya seperti sel tisu, otot, salur darah dan gigi bayi.

#2 Serat Fiber

Foto: Freepik

Buah ini juga mengandungi serat fiber yang baik untuk penghadaman serta membantu anda memiliki berat badan yang ideal.

Sebiji buah ini mengandungi 1.5 gram serat fiber. Jadi buat anda yang mengalami masalah penghadaman, boleh jadikan donut peach sebagai alternatif penyelesaian masalah itu.

Ia juga bagus untuk mengatasi masalah kekejangan perut, perut kembung dan juga sembelit.

#3 Potassium

Foto: Freepik

Potassium atau turut dikenali sebagai kalium merupakan sejenis garam mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Donut ini juga merupakan sumber potassium yang amat baik. Sebiji donut ini dikatakan mempunyai 195mg potassium.

Oleh kerana sifatnya yang kaya dengan potassium, ia boleh membantu mengawal tekanan darah serta menyihatkan jantung.

Kekurangan potassium dalam darah boleh menyebabkan perubahan kepada degupan jantung yang boleh menganggu proses pengepaman darah ke organ lain.

#4 Vitamin A

Foto: Freepik

Buah yang mendapat perhatian netizen ini juga mengandungi khasiat seperti vitamin A. Vitamin A amat penting bagi kesihatan penglihatan dan juga sistem imunisasi badan manusia.

Sekiranya vitamin A tidak mencukupi dalam badan anda, anda boleh mengalami beberapa gejala antaranya seperti mata kering dan mudah untuk mengalami jangkitan.

#5 Asid Folik

Foto: Freepik

Tahukah anda, buah ini juga turut mengandungi asid folik dengan kandungan sebanyak 4 mikrogram bagi setiap satu biji.

Ia amat penting bagi pembentukan tulang belakang dan juga perkembangan otak bayi. Jadi, buat ibu-ibu mengandung terutamanya, anda boleh mengambil buah ini sebagai makanan tambahan semasa kehamilan.

Memang banyak khasiat buah donut peach ini. Buat anda yang belum mencubanya, anda boleh dapatkan di pasar raya berdekatan anda.

Buah ini dikatakan hanya boleh diperolehi pada akhir musim panas sahaja. Berdasarkan tinjauan kami di laman web pasar raya tanah air, harga bagi 500 gram buah ini boleh mencecah sehingga RM25.00.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Sebabkan Masalah Jantung & Buah Pingang, 95% Penduduk Malaysia Tak Makan Sayur

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Sayur Terbaik Untuk Buah Pinggang Yang Rosak [Video]

Recent Posts

  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

55 seconds ago
  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

2 hours ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

3 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

4 hours ago