Sejak dilancarkan pada 6 Julai yang lalu, pesaing utama Twitter, Threads dikatakan telah meraih 100 juta pengguna dalam masa lima hari.
Tidak hairan dengan pencapaian ini kerana dalam tempoh dua jam sejak ia diperkenalkan, aplikasi Threads telah berjaya menerima lebih 2 juta muat turun.
Namun, setelah lebih seminggu dilancarkan, kebanyakan pengguna Threads mendakwa aplikasi ini telah menyebabkan bateri telefon bimbit mereka cepat habis. Perkara ini disuarakan oleh beberapa pengguna melalui ciapan di platform Twitter.
“Adakah Threads turut ‘makan’ bateri orang lain juga?” ciap seorang pengguna aplikasi itu.
Malah, pengguna yang lain juga turut berkongsi pengalaman yang sama dan mendakwa tidak akan menggunakan Threads sehingga ia berhenti memakan kuasa bateri.
“Ikuti saya di Threads, dan juga 1% bateri,” dakwa pengguna lain juga menerusi Twitter.
Memetik New York Post, mereka sedang mendapatkan maklum balas daripada Meta berhubung isu berkenaan. Namun, sehingga kini, masih tiada jawapan yang diberikan.
Sejak ia dilancarkan, Threads sememangnya memberi kesan dan saingan kepada Twitter. Malah, trafik di Twitter dikatakan mengalami penurunan sebanyak 11% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Kejayaan Threads pastinya memanaskan lagi hubungan di antara Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerbeg dan pemilik aplikasi Twitter, Elon Musk yang sememangnya berseteru.
Baca Artikel Berkaitan: Meta Secara Rasmi Lancar Threads, Pesaing Utama Twitter
Baca Artikel Berkaitan: Threads Semakin Ramai Pengguna, Twitter Ancam Mahu Saman Meta
Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…
Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.
Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…
Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…