fbpx

Threads Semakin Ramai Pengguna, Twitter Ancam Mahu Saman Meta

Perkara itu disampaikan kepada Zuckerberg menerusi satu surat yang dikeluarkan peguam lantikan Twitter, Alex Spiro.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui semalam (6 Julai) syarikat induk Facebook, Meta secara rasmi telah melancarkan aplikasi Threads yang kini menjadi pesaing utama Twitter.

Namun siapa sangka tidak sampai sehari pelancaran, aplikasi berkenaan sudah pun mendapat puluhan juta muat turun.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg, aplikasi itu sudah pun meraih 30 juta pendaftaran baharu. Menurut laman Dexerto pula, angka itu terus meningkat dan sudah melebihi 44 juta pengguna.

Perkara ini sekaligus membuktikan Threads mampu menyaingi kehebatan Twitter yang sudah lebih satu dekad berada di pasaran.

Terbaharu, Twitter dilaporkan telah mengancam untuk menyaman Meta berhubung pelancaran aplikasi pesaingnya itu.

Tuduh Meta langgar undang-undang harta intelek

Memetik laporan Reuters, perkara itu disampaikan kepada Zuckerberg menerusi satu surat yang dikeluarkan peguam lantikan Twitter, Alex Spiro.

Spiro di dalam surat itu menuduh Meta melakukan penyelewengan serta menyalahi undang-undang rahsia perdagangan Twitter dan harta intelek lain.

Dia dalam masa sama turut mendakwa syarikat itu telah mengupah puluhan pekerja Twitter yang mempunyai akses terus kepada rahsia perdagangan Twitter serta maklumat sulit yang lain.

“Twitter berhasrat untuk menguatkuasakan hak harta inteleknya dengan tegas, dan menuntut Meta mengambil langkah segera untuk berhenti menggunakan sebarang rahsia perdagangan Twitter atau maklumat sulit lain,” tulis Spiro dalam surat itu.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.