fbpx
Now Reading
Meta Secara Rasmi Lancar Threads, Pesaing Utama Twitter

Meta Secara Rasmi Lancar Threads, Pesaing Utama Twitter

Threads setakat ini sudah menerima lebih 2 juta muat turun hanya dalam tempoh dua jam sejak dibuka kepada orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemilik Facebook, Meta hari ini (6 Julai) secara rasmi melancarkan aplikasi baharu, Threads di stor aplikasi mudah alih sistem operasi iPhone dan Android.

Yang pastinya Threads yang dikelaskan sebagai ‘aplikasi berasaskan teks di Instagram’ akan menjadi pesaing utama Twitter.

Ini boleh dibuktikan apabila ia sudah menerima lebih 2 juta muat turun tidak sampai dua jam selepas dibuka kepada orang ramai sejak pagi ini.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengasas Meta, Mark Zuckerberg menerusi satu benang di akaun Threads miliknya.

Dijangka beri kesan kepada aplikasi Twitter

Pelancaran ini dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada Twitter yang kini berdepan pelbagai ketidaktentuan sejak ia diambil alih oleh usahawan dan manusia terkaya di dunia, Elon Musk sejak Oktober tahun lalu.

Malah reputasi Twitter juga semakin merosot apabila ramai pekerjanya dibuang selain tindakan Musk yang memasukkan banyak ciri langganan pengesahan berbayar.

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila Musk mengumumkan platform itu akan mengehadkan bilangan ciapan yang boleh dibaca setiap hari bergantung kepada jenis akaun pengguna.

Menurut Musk tindakan demikian bertujuan mengehadkan penggunaan data rangkaian sosial oleh pihak ketiga, khususnya syarikat berasaskan model kecerdasan buatan (AI).

Selain itu ia juga bagi menangani kebimbangan pengikisan data yang berlebihan dan manipulasi sistem pada platform.

Bagaimana untuk muat turun Threads?

Anda boleh memuat turun aplikasi Thread di sini untuk pengguna iPhone dan Android di sini.

P/S: Jangan lupa follow BuzzKini di sini ok?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.