Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pada awal Julai yang lalu, aplikasi Twitter secara senyap-senyap telah menyekat orang ramai yang tidak melog masuk dari membaca ciapan di platform itu.
Ini bermakna mereka yang tidak mempunyai akaun juga akan gagal mengakses semua kandungan yang terdapat di sana.
Namun menurut pemiliknya, Elon Musk ia hanyalah ‘langkah kecemasan’ sementara dan jutawan itu turut menyalahkan data pillaging hingga menyebabkan pengguna terjejas.
Terbaharu Twitter secara diam-diam kembali membenarkan para pengguna untuk membaca apa sahaja ciapan dan kandungan di platform berkenaan tanpa perlu melog masuk.
Ini termasuk orang lain yang tidak mempunyai akaun Twitter.
Hanya untuk ciapan dengan direct link
Namun difahamkan preview itu hanya tersedia sekiranya anda mempunyai link berkaitan sesuatu tweet itu.
Selain itu orang ramai juga tidak boleh membaca ciapan balas atau bebenang (thread) berkaitan jika tidak melakukan log masuk.
Perubahan ini bagaimanapun tidak diumumkan Twitter mahupun Elon Musk. Bahkan tiada maklumat sama ada ianya dilakukan ekoran dari pelancaran Threads oleh Meta yang pastinya menjadi pencabar utama mereka.