Hasil Kerja Keras, Ibu Aliff Syukri Kini Miliki Kediaman 7 Bilik Di London

Setiap individu pasti mempunyai sesuatu yang diidamkan mereka dalam kehidupan. Untuk mencapai apa yang diidamkan, ia memerlukan kerja keras dan komitmen yang tinggi sebelum memperoleh kejayaan.

Begitu juga yang terjadi kepada pengasas Jamu Ratu Malaya Rozita Ibrahim, yang berjaya memiliki rumah di London berkat usaha kerja keras setelah beberapa tahun.

Rumah 7 Bilik Hadiah Buat Diri Sendiri

Pendedahan itu dibuat melalui hantaran di akaun Instagram rasminya @bondarozitaibrahim semalam (17 Julai).

Melalui hantaran tersebut, ibu kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan rumah tujuh bilik yang terletak 15 minit daripada Lapangan Terbang Heathrow London merupakan hadiah buat diri sendiri setelah berjimat cermat dan kerja keras.

“Saya berjimat-jimat dengan emosi perasaan, kewangan, nafsu dan kesihatan badan. Rumah ini hadiah pada diri saya sendiri,” tulis beliau di ruangan kapsyen.

Malah, ia juga merupakan satu kejayaan buat beliau setelah mengharungi liku-liku kehidupan sebelum sampai ke tahap ini.

“Tiada siapa tahu masa depan, kita tidak boleh memilih ujian apa Allah hendak bagi, sebelum menuju kejayaan bonda dah biasa susah, orang hina-hina saya tidak melawan pun walau saya seorang yang sangat berani. Penat layan sikap manusia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Melalui hantaran tersebut, Rozita yang turut dikenali dengan panggilan Bonda Rozita menerangkan bahawa rumah tersebut tidak dibeli dengan tunai.

“Saya tiada kemewahan hanya ada ini saja. Saya beli hutang je pun, bukan beli cash pun,” tulisnya.

Teroka Bidang Perniagaan Hartanah

Menerusi perkongsian itu juga, beliau turut mendedahkan bakal menceburi bidang hartanah terutamanya di sekitar United Kingdom.

“Saya meninjau peluang hartanah di sana. Saya hendak rehatkan diri dengan anak-anak dan staf (demi) menghargai mereka sebagai anak-anak saya juga,” tulisnya.

Beliau dikatakan bakal terbang ke ibu negara England itu bagi mengintai peluang perniagaan dalam bidang hartanah di bandar Birmingham.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang dikecapinya. Malah, ada juga yang kagum dan bangga dengan pencapaian yang dikecapi beliau sehingga kini.

Untuk info, Rozita Ibrahim merupakan usahawan dan pemilik Rumah Terapi Alam. Beliau juga merupakan ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Tahniah Bonda! Suka Tengok Kejayaan Orang Melayu Yang Berusaha Keras Untuk Keluar Dari Kemiskinan Lampau

Siapa Yang Berusaha Dia Akan Berjaya Kalau Itu Memang Rezeki Dia

Alhamdullillah! Kalau Bonda Open Rumah di London Untuk Airbnb, Share Ya

Terbaik Bonda, Dari Orang Biasa Dengan Izin Allah Dapat Bina Kejayaan Jadi Wanita Yang Dikagumi

Baca Artikel Berkaitan: “Apa Yang Derita Sangat? Berapa Banyak Nikmat Allah Beri..”-Bonda Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Nangis ‘Darah’

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Tak Berbakat, Suara Pun Tak Sedap” – Mak Aliff Syukri Minta Maaf Bagi Pihak Anaknya [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

3 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago