Influencer TikTok Cuci Muka Guna Air Jamban Dikecam Ramai [Video]

Influencer di media sosial merupakan individu yang terkenal serta mempunyai pengikut yang ramai di kalangan belia termasuklah kanak-kanak.

Oleh itu, tingkah laku mereka adakalanya menjadi ikutan beberapa pihak contohnya individu yang meminatinya.

Influencer cuci muka guna air jamban ketika live

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang TikTokers yang sedang membuat siaran langsung telah melakukan perbuatan jijik di platform tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @brgsjks, kelihatan siaran langsung itu telah dilakukan bersama seorang wanita sambil kedua-dua tangannya berada di dalam lubang jamban.

Tidak lama kemudian dia menceduk air di dalam jamban tersebut dan menyapunya ke wajah. Perbuatan menjijikkan itu dilakukan lelaki berkenaan beberapa kali.

Malah dia turut sempat berbual dengan wanita berkenaan sambil mengulangi perbuatan tersebut beberapa kali.

Seorang lagi pengguna turut kongsi tindakan sama dilakukan influencer wanita

Di ruangan balas, seorang pengguna turut berkongsi satu lagi video yang memaparkan seorang wanita dipercayai individu yang sama dengan rakaman sebelum, turut menunjukkan tindakannya menggunakan air mangkuk tandas untuk mencuci wajah.

Dalam video berkenaan, kedengaran seorang lelaki menyuruhnya untuk menyapu air berkenaan ke mukanya sebelum wanita itu langsung melakukannya.

Perbuatan cuci muka guna air jamban itu adalah punishment

Tindakan tersebut kemudian dilakukan oleh wanita berkenaan beberapa kali dan mereka dipercayai sebelum itu bermain sesuatu permainan namun tidak dapat dipastikan apakah permainan itu dan perbuatan itu dikatakan sebagai hukuman ‘punishment’.

Lelaki tersebut kemudian meminta untuk mengundur diri keluar daripada siaran terbabit sebelum wanita itu mengejeknya takut jika disuruh untuk melakukan hal yang sama.

“Eh takutlah tu, takut ke?” kata wanita itu sebelum lelaki itu menjawab mereka sudah bermain beberapa game.

Difahamkan kedua-dua video ini diambil daripada Facebook Komandan Marco.

Demi wang dan gift sanggup berperangai jijik, kata netizen

Meskipun penonton di siaran langsung itu dilihat terhibur namun rata-rata netizen di Facebook dan Twitter berpendapat sebaliknya dan mengecam tindakan jijik dua influencer berkenaan.

Ada yang menyatakan tidak mengerti mengapa tindakan tidak berakal seperti itu sanggup dilakukan hanya untuk mendapatkan wang dan gift (hadiah) dari penonton.

Malah ada juga yang beranggapan TikTok sepatutnya menyekat individu yang melakukan perbuatan menjijikan seperti itu.

Tidak kurang juga menyatakan tindakan itu dilakukan hanya untuk mendapatkan viewers yang banyak.

Untuk makluman, jamban merupakan alat yang digunakan oleh orang ramai untuk membuang air besar atau kecil di mana di kawasan tersebut mempunyai banyak bakteria dan tindakan dilakukan influencer berkenaan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

“Hidup berpaksikan media sosial dan viewer..”

“Patut TikTok banned je Tiktokers yang bebal macam ni”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

6 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

7 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

7 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

8 hours ago