Tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud Sabah berjaya menerima pampasan masing-masing sebanyak RM50,000 apabila memenangi saman terhadap guru Bahasa Inggeris sekolah mereka.
Ianya selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Leonard David Shim membenarkan tuntutan tiga bekas pelajar berkenaan iaitu Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung terhadap Mohd Jainal Jamran.
Mahkamah mengarahkan pembayaran tersebut akibat trauma yang dialami oleh mereka.
Tuntutan berkenaan dibuat oleh mereka akibat daripada kegagalan Mohd Jainal yang juga seorang guru Bahasa Inggeris yang tidak hadir ke kelas selama tujuh bulan pada tahun 2017.
Ketiga-tiga bekas pelajar berkenaan memfailkan saman pada 7 Disember 2020 dengan menamakan Jainal sebagai defendan pertama.
Terdapat empat lagi defendan yang turut disenaraikan bagi kes ini iaitu Pengetua SMK Taun Gusi, Suid Hanapi, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.
Dalam penghakiman setebal 74 muka surat, plaintif berjaya membuktikan kepada mahkamah berdasarkan kepada kes imbangan kebarangkalian setelah mempertimbangkan keterangan kedua-dua pihak dan bukti yang dikemukakan.
Mahkamah turut membabitkan persoalan berhubung hak perlembagaan kepada pendidikan dan isu kepentingan awam.
“Defendan melanggar hak perlembagaan plaintif bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
“Defendan juga melanggar hak perlembagaan kepada pendidikan dan hak untuk disediakan guru yang menghadiri kelas bagi mengajar serta mempersiapkan plaintif untuk peperiksaan Bahasa Inggeris,” kata beliau lagi.
Berdasarkan kepada bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati tarikh defendan pertama tidak hadir menyamai rekod di Jabatan Pendidikan Sabah (JSN).
Malah, tiada bukti defendan pertama sedang bercuti atau terlibat dengan aktiviti sekolah lain sepanjang sepanjang tempoh tersebut.
Untuk info, perbicaraan yang bermula 5 September 2022 itu telah melibatkan 10 orang saksi dipanggil memberi keterangan bagi pihak plaintif. Manakala, tiga orang saksi dipanggil bagi memberi keterangan bagi pihak defendan.
Plaintif diwakili oleh peguam Sherali Herza Asli manakala pihak defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Mohd Hafizi Abd Halim dan Peguam Persekutuan, Fazrul Fardiansyah Abdul Kadir.
Baca Artikel Berkaitan:
Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…
Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…