fbpx
Now Reading
3 Pelajar Menang Saman, Dapat Pampasan RM50,000 Selepas Guru Ponteng Mengajar 7 Bulan

3 Pelajar Menang Saman, Dapat Pampasan RM50,000 Selepas Guru Ponteng Mengajar 7 Bulan

Tuntutan berkenaan dibuat oleh tiga pelajar SMK Taun Gusi, Kota Belud Sabah akibat daripada kegagalan Mohd Jainal Jamran, guru Bahasa Inggeris yang tidak hadir ke kelas selama tujuh bulan pada tahun 2017.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud Sabah berjaya menerima pampasan masing-masing sebanyak RM50,000 apabila memenangi saman terhadap guru Bahasa Inggeris sekolah mereka.

Ianya selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Leonard David Shim membenarkan tuntutan tiga bekas pelajar berkenaan iaitu Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung terhadap Mohd Jainal Jamran.

Mahkamah mengarahkan pembayaran tersebut akibat trauma yang dialami oleh mereka.

Guru Tidak Hadir Ke Kelas Selama 7 Bulan

Tuntutan berkenaan dibuat oleh mereka akibat daripada kegagalan Mohd Jainal yang juga seorang guru Bahasa Inggeris yang tidak hadir ke kelas selama tujuh bulan pada tahun 2017.

Ketiga-tiga bekas pelajar berkenaan memfailkan saman pada 7 Disember 2020 dengan menamakan Jainal sebagai defendan pertama.

Terdapat empat lagi defendan yang turut disenaraikan bagi kes ini iaitu Pengetua SMK Taun Gusi, Suid Hanapi, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.

Guru Langgar Hak Perlembagaan Pendidikan & Isu Kepentingan Awam

Dalam penghakiman setebal 74 muka surat, plaintif berjaya membuktikan kepada mahkamah berdasarkan kepada kes imbangan kebarangkalian setelah mempertimbangkan keterangan kedua-dua pihak dan bukti yang dikemukakan.

Mahkamah turut membabitkan persoalan berhubung hak perlembagaan kepada pendidikan dan isu kepentingan awam.

“Defendan melanggar hak perlembagaan plaintif bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

“Defendan juga melanggar hak perlembagaan kepada pendidikan dan hak untuk disediakan guru yang menghadiri kelas bagi mengajar serta mempersiapkan plaintif untuk peperiksaan Bahasa Inggeris,” kata beliau lagi.

Ada Bukti Kukuh Defendan Tidak Hadir Ke Kelas

Berdasarkan kepada bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati tarikh defendan pertama tidak hadir menyamai rekod di Jabatan Pendidikan Sabah (JSN).

Malah, tiada bukti defendan pertama sedang bercuti atau terlibat dengan aktiviti sekolah lain sepanjang sepanjang tempoh tersebut.

Untuk info, perbicaraan yang bermula 5 September 2022 itu telah melibatkan 10 orang saksi dipanggil memberi keterangan bagi pihak plaintif. Manakala, tiga orang saksi dipanggil bagi memberi keterangan bagi pihak defendan.

Plaintif diwakili oleh peguam Sherali Herza Asli manakala pihak defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Mohd Hafizi Abd Halim dan Peguam Persekutuan, Fazrul Fardiansyah Abdul Kadir.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.