Pembantu Rumah Dakwa Didera, Rupanya Lari Curi Barang Majikan Lebih RM10,000 [Video]

Semalam (20 Julai), tular di media sosial, video seorang wanita yang dipercayai warga Indonesia merayu dan memohon bantuan kepada seorang pemuda.

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu menangis dan mendakwa didera oleh majikannya. Malah, telefon dan pasport miliknya turut disimpan oleh majikan.

Kasihan dengan nasib yang menimpa wanita itu, pemuda berkenaan dikatakan membuat laporan polis dan menghantar wanita itu ke KJRI, Johor Bahru bagi mendapatkan bantuan.

Penularan video tersebut mencuri perhatian netizen yang bersimpati namun ada yang meminta orang ramai agar tidak mudah percaya cerita daripada sebelah pihak.

Majikan Buat Laporan Dakwa Pembantu Curi Barang

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, menafikan dakwaan wanita berkenaan didera.

Menurutnya, pihak polis telah menerima laporan daripada majikan wanita itu pada jam 10.48 malam 18 Julai yang lalu.

Laporan yang dibuat oleh wanita tempatan yang berusia 52 tahun mendakwa pembantu rumah warga asing yang berumur 31 tahun itu telah melarikan diri bersama barang berharga dan wang tunai milik majikannya.

Difahamkan, nilai barangan dan wang tunai tersebut adalah berjumlah RM10,850, lapor Berita Harian.

Malah, dia dikatakan telah lari jam 11.21 pagi pada 17 Julai dengan memanjat pagar rumah yang terletak di Taman Pelangi, Johor Bahru. Ketika kejadian, suspek melarikan diri dengan membawa bersama beg berwarna biru.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” kata beliau menerusi satu kenyataan. Sekiranya didapati bersalah, individu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda.

Pada masa kini, pihak polis IPD Johor Bahru Selatan sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan.

Pembantu Rumah Hadir Ke Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru Mohon Bantuan

Pada masa yang sama, Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mengesahkan telah menerima kehadiran wanita warga asing itu pada jam 12.30 tengahari 17 Julai yang lalu.

Menurut Konsul Bahagian Penerangan dan Sosial Budaya KJRI Johor Bahru Rizali Noor, hasil temubual mendapati wanita itu baru sahaja tiba di Malaysia pada 15 Jun.

Wanita itu mengaku telah bekerja selama dua minggu sebelum didakwa didera oleh majikannya. Wanita tersebut dihantar oleh seorang pemandu e-hailing yang membawanya ke KJRI Johor Bahru bagi memohon bantuan pulang ke Indonesia.

“KJRI telah melaksanakan proses pulang warga Indonesia itu sesuai ketentuan (mengikut syarat) ditentukan Jabatan Imigresen Malaysia,” kata Rizal.

Bagi urusan pulang wanita berkenaan, pihak KJRI dikatakan telah membantu menguruskan pas khas dan ‘Check Out Memo’ daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Dia dikatakan pulang ke Batam, Indonesia melalui Pelabuhan Stulang Laut.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

9 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

13 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

13 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

14 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

14 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

14 hours ago