Bila berada di jalan raya, pemandu disarankan untuk berhati-hati dan perlu menyemaikan sikap sabar dan saling bertolak ansur.
Namun, ada sesetengah individu yang sering bersikap mementingkan diri terutama ketika berada di jalan raya.
Tindakan mementingkan diri ini kadang kala sebenarnya boleh mengundang perkara yang tidak diingini antaranya mencetuskan pergaduhan malah yang lebih teruk menyebabkan kemalangan jalan raya.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ZaimahZamri, wanita ini berkongsi kejadian yang berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor apabila berhadapan dengan tindakan biadap seorang pemandu lelaki.
Dakwanya, detik kejadian bermula apabila dia dikatakan mahu keluar daripada simpang berhampiran bangunan Gulatis di Seksyen 7, Shah Alam.
“Saya bagi signal ye dan bukan potong que. Saya memang keluar simpang. Masa bagi signal tu dah nampak dia ‘rem rem’ tak nak bagi saya masuk. Saya biar je tapi bila traffic light hijau saya nak masuk dia taknak bagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, dia juga sudah memberi lampu isyarat (signal) kepada pemuda berkenaan sebagai tanda untuk meminta dibuka laluan untuk keluar daripada simpang tersebut.
“Saya buka tingkap bagitahu saya keluar simpang (dalam kereta ini ada lebih kurang 5 orang budak lelaki – awal 20-an) dan bila saya bagitahu macam tu dia ‘boooooo’ kan saya,” tulisnya lagi.
Kemuncak kejadian ini berlaku apabila kereta Zaimah berselisih dengan kereta pemuda berkenaan dan pada ketika ini, pemandu tersebut menunjukkan tanda jari tengah buat pertama kali.
“Saya okay lagi jadi saya masuk terus dan amik lorong paling kanan sebab hendak u-turn ke i-City. Dia lorong yang hendak masuk UiTM (jalan terus) jadi dia memang selisih dengan kereta saya. Masa ni dia angkat jari tengah tu kali pertama,” tambahnya lagi.
Geram dengan tindakan pemuda berkenaan, wanita itu bertindak merakam nombor plat kenderaan pemuda itu. Namun, apa yang mengejutkan, sekali lagi pemuda berkenaan menunjukkan jari tengah kepada pemandu wanita itu.
“Saya dah geram dah masa ni (biadap) pastu dia ke depan dan traffic light merah balik. Kira kami berdua memang tidak lepas la. Masa inilah saya keluarkan telefon hendak rekod nombor plat kereta dia. Saya rasa dia memang perasan la saya rekod sebab tu dia tunjuk lagi jari tengah,” tambahnya menerusi ruangan kapsyen.
Baginya, tindakan pemuda itu yang menunjukkan jari tengah disifatkan sebagai biadap.
“Tak tahu la adab dekat mana? Pada saya keluar simpang bukan potong laluan belah kiri. Dekat mana salah saya?” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan sikap pemuda berkenaan memang terdapat dalam diri segelintir pemandu. Malah, ada juga yang menyarankan wanita itu untuk membuat laporan terus menerusi aplikasi MyJPJ mengenai tindakan biadap pemuda tersebut.
Namun, terdapat juga netizen yang menganggap tindakan wanita itu adalah salah memandangkan kereta pemuda berkenaan berada di jalan utama dan wanita itu perlu keluar simpang setelah tiada kereta dia jalan utama tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Selamba Tunjuk Isyarat Lucah Lepas Diberi Laluan Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lawan Arus & Tunjuk Jari Tengah, Penunggang Motosikal Dicekup Polis [Video]
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…
Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…