Pemandu Singapura Buat Hal Lagi, Biadap & Tidak Hormat Arahan Polis Malaysia [Video]

Sebut sahaja pemandu dari Singapura, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita adalah sikap mereka yang biadap.

Tidak semua namun majoritinya dilihat sering mengambil kesempatan dan melakukan kesalahan apabila masuk ke negara ini.

Mengisi minyak petrol bersubsidi, memandu tidak mematuhi had laju malah tidak hormat kepada pihak berkuasa tempatan merupakan antara salah laku yang sering dilakukan oleh mereka.

Yang hairannya, ketika berada di negara mereka sendiri, mereka boleh mengikut undang-undang yang ditetapkan. Namun, sikap mereka ini berubah 100% apabila masuk ke Malaysia.

Pemandu Singapura Ingkar Arahan Polis Tempatan

Semalam (3 Ogos), sekali lagi tular video sikap tidak bermoral pemandu dari ‘First World Country’ itu terhadap seorang anggota Polis Diraja Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Twitter @adliehassan, kelihatan polis tempatan dilihat sedang menahan sebuah kereta jenis Honda Civic.

Namun, pemandu kereta itu dilihat melanggar arahan polis yang memintanya untuk berhenti dan cuba menggerakkan keretanya secara perlahan-lahan.

Akibat tindakan pemandu itu, polis berkenaan dilihat berdiri di hadapan kereta tersebut buat berapa ketika sebelum cuba berinteraksi dengan pemandu kereta.

Sekali lagi, pemandu itu dilihat mengabaikan arahan tersebut dan bertindak menggerakkan keretanya.

Sehubungan itu, polis itu dilihat mengetuk kuat cermin sisi kereta berkenaan sebagai cubaan untuk menghentikan si pemandu. Tindakan itu akhirnya menyebabkan pemandu itu memberhentikan keretanya.

Di akhir video, kelihatan kereta berkenaan telah berhenti di tepi jalan dan terdapat dua orang polis lain sedang berinteraksi dengan pemandu itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan biadap pemandu dari negara berkenaan.

Malah, ada juga antara mereka yang berpendapat majoriti warga Singapura dilihat berani melanggar undang-undang negara ini kerana mereka yakin tiada tindakan tegas diambil atas kesalahan yang dilakukan.

Sebagai Pemandu Malaysia Yang Bertanggungjawab, Boleh Je Berhenti Depan Kereta Tu, Biar Dia Sangkut

Geramnya Tengok Bila Orang Asing Buat Perangai, Lebih-Lebih Lagi Tak Hormat Undang-Undang & Penguatkuasa

Ban Je Pemandu Dari Singapura

First World Country Katanya

Jenis Macam Ni Memang Tak Boleh Cakap Elok-Elok

Baca Artikel Berkaitan: “First World Country Tapi Rembat Minyak Subsidi” – Netizen Berang Pemandu Singapura Isi RON95 Lagi

Baca Artikel Berkaitan: Memotong Secara Berbahaya Semasa Berkonvoi, Polis Kesan 7 Pemandu Kereta Singapura [Video]

Recent Posts

  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

33 mins ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

37 mins ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

50 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

1 hour ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago