fbpx
Now Reading
Memotong Secara Berbahaya Semasa Berkonvoi, Polis Kesan 7 Pemandu Kereta Singapura [Video]
Memotong secara berbahaya, polis cari tujuh pemandu konvoi di Kota Tinggi

Memotong Secara Berbahaya Semasa Berkonvoi, Polis Kesan 7 Pemandu Kereta Singapura [Video]

Tujuh kenderaan tersebut dikesan melakukan aksi memotong secara berbahaya itu menerusi sebuah video yang tular di Facebook sejak Ahad lepas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis kini giat mencari tujuh pemandu kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang memotong secara berbahaya di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit-Kota tinggi seperti yang tular di dalam media sosial baru-baru ini.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, memaklumkan tujuh pemandu tersebut dilihat telah melakukan tindakan berbahaya itu di dalam sebuah video yang tular di Facebook pada Ahad (17 Julai) lepas.

Tular di Facebook aksi berbahaya konvoi tujuh pemandu

Kata beliau lagi, pihak polis juga sudah berjaya mengenal pasti kesemua no plat kereta tersebut.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah mengesan rakaman klip video di Facebook berkenaan sekumpulan konvoi tujuh buah kenderaan yang memandu dan memotong secara berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut dilakukan di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, arah Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar,” kata Hussin Zamora.

Tujuh nombor pendaftaran kenderaan sudah dikenal pasti

“Nombor pendaftaran kereta yang telah dikenal pasti adalah kereta berwarna kuning nombor pendaftaran SLW3839P, kereta berwarna putih nombor pendaftaran EN403M, kereta berwarna merah nombor pendaftaran SKH3888M.

“Turut dikesan kereta berwarna merah nombor pendaftaran SMG80C, kereta berwarna hitam nombor pendaftaran SBA479Z, kereta berwarna kuning nombor pendaftaran SMZ986P juga kereta berwarna putih nombor pendaftaran SNF19A,” ulasnya.

Polis turut meminta kerjasama daripada pihak pemilik kenderaan terbabit untuk tampil ke BSPT Kota Tinggi bagi membantu proses siasatan.

Kes disiasat di bawah Kaedah 6(1) LN166/59, iaitu memotong secara berbahaya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.