fbpx
Now Reading
Tahukah Anda, Ramai Antara Kita Dibesarkan Dengan Bauan Ikonik ‘Vicks’?

Tahukah Anda, Ramai Antara Kita Dibesarkan Dengan Bauan Ikonik ‘Vicks’?

Dari kecil sehingga besar, bauan Vicks tak pernah dilupakan. Kuat sungguh memori penggunaan produk ini. Nostalgik sungguh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah dengar tak orang cakap sesuatu memori itu boleh tercipta hanya dengan bauan, tempat, mahupun daripada lagu yang didengari? SebagaI contoh, seseorang daripada masa lalu sering memakai wangian yang tertentu dan apabila anda melintasi sesuatu tempat dan ‘dihidangkan’ dengan bauan serupa, dalam kepala automatik akan ‘throwback’ dan mengingati sesebuah memori yang pernah tercipta, kan?

Sememangnya, memori manusia ada kalanya amat kuat hanya dengan bauan.

Produk Khas Buat Remedi Di Rumah Untuk Melegakan Batuk & Selesema

Bila seseorang itu mengalami gejala batuk, selesema, dan hidung tersumbat, remedi yang boleh digunakan adalah produk Vicks VapoRub, kan? Tidak dinafikan, sejak dari turun-temurun produk ini boleh dikatakan ‘evergreen’ dan akan menjadi pilihan orang ramai.

Ya, anda tak perlu risau lagi sebab Vicks VapoRub sememangnya dipercayai untuk melegakan 3 simptom di bawah:

  1. Batuk.
  2. Sakit Otot.
  3. Hidung Tersumbat.

Malah, bukan sahaja untuk golongan dewasa, Vicks VapoRub juga menawarkan produk buat si kecil yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur dua tahun dan ke atas.

Sebab itulah ibu-ibu akan memilih Vicks VapoRub ini! Ia sangat murah, cepat, dan berkesan!

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Vicks VapoRub

Vicks VapoRub merupakan jenama warisan selama lebih daripada 125 tahun yang amat dipercayai oleh para ibu bapa di luar sana. Ini kerana produk Vicks VapoRub ini adalah sejenis ubat yang memberikan kelegaan simptomatik dari hidung tersumbat, batuk, sakit otot akibat selesema, dan melegakan pernafasan pengguna.

Untuk anda yang mungkin sudah ‘familiar’ dengan fungsi Vicks VapoRub ini, ia boleh berkesan dengan dua (2) kaedah ini, iaitu:

  1. Kaedah Wap: Ia bagi membantu untuk melegakan saluran hidung tersumbat serta mengurangkan batuk. Untuk kelegaan yang lebih mendalam pula, anda boleh menggunakanya dengan kaedah ‘stim’ (Steam Inhalation).
  2. Kaedah Pemanasan: Apabila Vicks VapoRub ini disapu, perubatan Vicks yang khas boleh membantu untuk melegakan rasa lenguh pada otot/sendi dan juga kesakitan akibat selesema.

Di sini kami menyediakan tiga langkah mudah untuk menggunakan cara ‘Steam Inhalation’:

  1. Masukkan air panas di dalam satu besin/bekas.
  2. Masukkan dua (2) sudu kecil Vicks VapoRub ke dalam bekas air panas tersebut. (Tapi bukan air panas menggelegak, ya).
  3. Gunakan tuala dan tutup kepala sementara anda menghirup wap tersebut selama 10 hingga 15 minit.

Kesan Vicks VapoRub

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah kesan penggunaan Vicks VapoRub ini jika anda mengalami gejala hidung tersumbat dan batuk?

  • Melegakan Hidung Tersumbat
  • Melegakan Batuk
  • Melegakan Kesakitan Sendi & Otot
Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Pendek kata, anda boleh menggunakan produk Vicks VapoRub ini untuk melegakan 3 simptom dari hidung tersumbat, batuk dan sakit otot serta sakit akibat selsema. Dan paling memudahkan lagi, produk VapoRub ini boleh didapati di mana-mana farmasi, ataupun kedai ubat di seluruh Malaysia.

Senang je nak jumpa. Kalau ada emergency pun tak risau sangat!

Buat ibu bapa yang masih menggunakan produk ini, boleh terus menggunakannya demi keselesaan anak. Dan buat para ibu baharu di luar sana, kami amat menyarankan anda untuk beli dan simpan produk Vicks VapoRub ini untuk kegunaan si kecil nanti.

Anda juga boleh mendapatkan harga promosi dengan membuat pembelian secara dalam talian di Watsons dengan kod promo: VICKSPBC2

Nak beli? Boleh terus klik sini je! [VICKS]

#HandsOnWithVicks #SentuhanIbuBersamaVicks


No Siri Kelulusan: KKLIU 3484
Tarikh tamat kelulusan: 31/12/2025

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.