Penganjur Good Vibes Festival Kemuka Surat Tuntutan Kepada The 1975

Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia (FSA) menerusi satu kenyataan pada hari ini (7 Ogos) memaklumkan telah mengeluarkan surat tuntutan kepada kumpulan rock dari UK, The 1975.

Surat itu bertujuan menuntut kumpulan berkenaan bertanggungjawab dan membayar pampasan kepada FSA akibat daripada salah laku mereka hingga mendatangkan kerugian kepada FSA.

Difahamkan, surat tuntutan kini telah berada di tangan The 1975 dan FSA sedang menunggu jawapan mereka.

Pelanggaran Kontrak Oleh The 1975 & Pembatalan Festival Beri Kesan Kepada Semua Pihak

Melalui tuntutan yang dikemukakan, pihak FSA menyatakan bahawa sekiranya The 1975 gagal membayar ganti rugi, tindakan undang-undang akan diambil di Mahkamah England.

Menurut FSA, kelakuan penyanyi utama The 1975 Matthew Timothy Healy atau lebih dikenali sebagai Matty Healy ketika membuat persembahan semasa GVF 2023 pada 22 Julai yang lalu seperti penggunaan bahasa kasar, menunjukkan kelakuan tidak senonoh dan merosakkan peralatan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Tindakannya itu bukan sahaja dilihat seolah-olah mencabuli garis panduan dan undang-undang Malaysia, malah ia juga turut memberi imej dan kesan negatif kepada festival tersebut.

“Tindakan kumpulan berkenaan jelas melanggar perjanjian yang dibuat bersama penganjur ketika persembahan GVF2023. Akibat daripada ini, festival tersebut terpaksa dibatalkan sehingga menyebabkan kerugian kepada FSA,” kata penganjur GVF2023 itu.

Tambah FSA, pembatalan festival bukan sahaja memberi kesan kepada artis tempatan dan perniagaan yang bergantung kepada kejayaan festival itu, malah ia juga memberi impak negatif kepada rakyat Malaysia.

FSA Mahu Pelihara Reputasi Sebagai Penganjur

Pada masa yang sama, FSA turut menekankan bahawa mereka mahu menjaga reputasi sebagai penganjur acara muzik yang dipercayai di Malaysia dengan mematuhi undang-undang serta menghargai kepercayaan yang diberikan oleh peminat dan pihak berkuasa bagi melaksanakan festival muzik di negara ini.

Untuk info, pada 22 Julai yang lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengarahkan agar GVF2023 dibatalkan serta merta dan The 1975 diharamkan dari membuat persembahan di Malaysia selepas tular tindakan biadap dibuat oleh Healy ketika membuat persembahan.

Vokalis tersebut turut memperlekehkan undang-undang LGBT Malaysia serta mencium pemain bass kumpulan berkenaan, Ross MacDonald ketika membuat persembahan.

Ekoran daripada pembatalan festival muzik ini juga, pihak FSA dan Live Festivals and Events Association (ALIFE) telah mengadakan majlis Sidang Media di The Bee, Publika bagi menjawab persoalan ramai berhubung tingkah laku kumpulan The 1975 pada 27 Julai yang lalu.

Mereka kemudian menjelaskan punca tindakan lambat diambil sehingga Healy bebas membuat sesuka hatinya di atas pentas.

Baca Artikel Berkaitan: Pengurus The 1975 Teragak-agak Ketika Ditegur, Punca Tindakan Biadap Matty Healy Lambat Dihentikan – FSA

Baca Artikel Berkaitan: Matty Healy Terus Sindir Malaysia, Kali Ini Di Konsert Lollapalooza 2023 [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bercium Atas Pentas & Hina Undang-Undang LGBT Malaysia, Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

6 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

10 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

10 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

10 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

11 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

11 hours ago