fbpx
Now Reading
Pengurus The 1975 Teragak-agak Ketika Ditegur, Punca Tindakan Biadap Matty Healy Lambat Dihentikan – FSA

Pengurus The 1975 Teragak-agak Ketika Ditegur, Punca Tindakan Biadap Matty Healy Lambat Dihentikan – FSA

Menurut FSA, perkara tersebut memerlukan masa kerana ia adalah pertunjukan besar dan pihak FSA perlu berurusan terlebih dahulu dengan pengurus The 1975 sebelum membuat apa-apa tindakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (27 Julai), Future Sound Asia (FSA) telah mengadakan satu sidang media khas yang di hoskan oleh Artificial Life (ALIFE) di The Bee, Publika berhubung pembatalan Festival Good Vibes Asia 2023 pada baru-baru ini.

Seperti ramai ketahui, pembatalan serta-merta festival tersebut oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kerana tindakan biadap vokalis The 1975, Matty Healy ketika berada di atas pentas.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Fahmi Fadzil Arah Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta

FSA sedang pertimbang untuk ambil tindakan undang-undang kepada Matty

Ketua Bahagian Hiburan FSA, Wan Alman Ariffin berkata, pihak penganjur sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Matty kerana tindakan biadap dan tidak senonohnya itu.

“Ya, kami mempunyai penasihat undang-undang dan kami sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan,” katanya.

The 1975 terima bayaran penuh, penganjur tak boleh minta ‘refund’.

Ketika ditanya adakah The 1975 telah menerima bayaran penuh selepas insiden tersebut berlaku, Wan Alman memaklumkan bahawa kesemua artis antarabangsa yang datang ke Malaysia telah dibayar sepenuhnya sebelum persembahan berlangsung.

Menurutnya, sehubungan itu pihak penganjur tidak dapat meminta ‘refund’ meskipun The 1975 tidak menghabiskan persembahan seperti yang ditetapkan oleh kerana kekecohan yang berlaku di pertengahan festival.

Selain itu, portal saudara kami TRP juga bertanya mengapa pihak pengajur mengambil masa yang lama untuk menghentikan perbuatan jelik Matty semasa di atas pentas?

FSA perlu berurusan dengan pengurus terlebih dahulu, punca tindakan lambat diambil

Jawab Wan Alman, perkara tersebut memerlukan masa kerana ia adalah pertunjukkan besar dan pihak FSA perlu berurusan terlebih dahulu dengan pengurus The 1975 sebelum membuat apa-apa tindakan.

“Kami beritahu mereka (pihak pengurus) ‘ini perlu dihentikan, awak perlu hentikan Matty Healy daripada perbuat demikian’,” kata Wan Alman.

Wan Alman berkata bagaimanapun pengurus kumpulan itu tidak berbuat apa-apa dan teragak-agak menyebabkan FSA dan pihak berkuasa terpaksa bertindak menghentikan persembahan itu.

Untuk info, FSA merupakan penganjur Festival Good Vibes 2023 yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Sepang yang bermula pada Jumaat lalu (21 Julai).

Bagaimanapun, tindakan biadap Matty Healy di atas pentas yang menghina undang-undang Malaysia mengenai LGBT selain bercium secara langsung bersama pemain bass kumpulan itu telah mencetus kontroversi dan kemarahan ramai.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “The 1975 Balik Selepas Enam Jam Persembahan” – Ayob Khan Sangkal Dakwaan PDRM Lambat Ambil Tindakan

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.