fbpx
Now Reading
“The 1975 Balik Selepas Enam Jam Persembahan” – Ayob Khan Sangkal Dakwaan PDRM Lambat Ambil Tindakan

“The 1975 Balik Selepas Enam Jam Persembahan” – Ayob Khan Sangkal Dakwaan PDRM Lambat Ambil Tindakan

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara itu, PDRM akan berurusan dengan pihak berkuasa UK sekirannya terdapat proses pendakwaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan tindakan biadap kumpulan Pop Rock Britain The 1975 di atas pentas ketika konsert Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Sepang pada Jumaat lalu (21 Julai).

Vokalis kumpulan itu, Matty Healy telah menghina undang-undang negara berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) selain bercium mulut bersama pemain bass kumpulan terbabit, Ross MacDonalds.

Dia pada masa turut dilihat memegang botol arak dan bertindak tidak senonoh apabila meludah di atas pentas sambil disaksikan para penonton.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bercium Atas Pentas & Hina Undang-Undang LGBT Malaysia, Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan

Susulan tindakan itu, rata-rata rakyat Malaysia mengecam dan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap kumpulan terbabit.

The 1975, pulang ke UK selepas 6 jam buat persembahan

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan terbabit telah pulang ke negara asalnya di United Kingdom (UK) selepas enam jam membuat persembahan.

Menurutnya, ada pihak yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) lambat mengambil tindakan terhadap kumpulan terbabit.

“Insiden ini berlaku pada 21 Julai pada jam 11.30 malam, kita difahamkan selepas insiden berkenaan konsert terbabit dihentikan dan kumpulan ini berlepas pulang ke United Kingdom (UK) pada jam 5.30 pagi.

“Jadi dalam tempoh enam jam sahaja mereka sudah berlepas pulang dan laporan polis pertama yang diterima adalah pada keesokan hari pada jam 2 petang, jadi kita tidak sempat mengambil tindakan kerana mereka sudah berlepas balik,” katanya pada sidang media, hari ini (25 Julai).

PDRM akan berurusan dengan pihak berkuasa UK

Menurutnya lagi, PDRM akan berurusan dengan pihak berkuasa UK sekirannya terdapat proses pendakwaan.

“Kesalahan ini adalah kesalahan yang dilakukan di negara ini, jadi kita tidak boleh memohon notis merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) kecuali melibatkan kesalahan yang besar, kita akan berurusan dengan pihak UK.

“Saya yakin selepas ini Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) akan lebih berhati-hati,” katanya lagi.

Pihak polis ambil 13 keterangan untuk bantu siasatan

Dalam pada itu, Ayob Khan memaklumkan pihak polis telah mengambil 13 keterangan bagi membantu siasatan mengenai tindakan biadap kumpulan Pop Rock itu.

“Enam keterangan diambil dari pengadu, seorang penganjur dan enam Puspal. Setakat ini pihak polis menerima 18 laporan, lapan daripadanya daripada kontinjen Selangor dan 10 membabitkan kontinjen luar.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” ujarnya.

Menteri Komunikasi & Digital batalkan serta-merta festival Good Vibes 2023

Terdahulu, media melaporkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah mengarahkan penganjuran festival Good Vibes 2023 dibatalkan serta-merta susulan tindakan biadap The 1975 itu.

Tidak hanya itu, kumpulan The 1975 juga telah ‘dibanned’ selamanya daripada mengadakan konsert di dalam Malaysia.

Untuk info, perbuatan sedemikian bukanlah pertama kali dilakukan oleh Matty Healy. Vokalis The 1975 itu sebelum ini pernah tular kerana sikap biadapnya dan sering menjadi tumpuan media antarabangsa yang cukup ‘masak’ dengan perangainya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Fahmi Fadzil Arah Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.