Wanita Derita Sakit Misteri Hampir 3 Bulan Lepas Bantu Kongkang Cedera Datang Rumah

Sihir merupakan ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin dengan niat untuk memudaratkan, menyakitkan atau mengelirukan manusia.

Pelbagai cara yang digunakan untuk menghantar sihir tersebut kepada seseorang yang diinginkan seperti menerusi angin dan air mahupun melalui binatang atau serangan.

Lebih menyayat hati, manusia dengan sifat yang keji seperti ini sanggup mencederakan binatang agar sihirnya sampai kepada orang yang ingin dituju.

Wanita jatuh sakit lepas bantu kongkang cedera datang rumah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita mendakwa telah disihir sehingga jatuh sakit selepas membantu seekor binatang dalam keadaan cedera parah di kepala yang datang ke rumahnya.

Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ainieyaffilliate.shop, kisah ini bermula apabila seekor kongkang dalam keadaan berdarah di kepala datang ke rumahnya pada waktu maghrib.

Oleh kerana perasaan simpati, wanita yang dikenali sebagai Ainiey itu telah membantu dengan memberi ubat kepada kongkang tersebut sebelum melepaskannya semula jauh daripada rumahnya.

“Saya dengan kesiannya keluar dari rumah pergi dekat kera ni sebab berdarah di kepala dia. Tuang minyak angin semua dan adik aku tangkap letak dalam sangkar untuk lepas dia jauh,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kena demam panas selepas lepaskan kongkang jauh dari rumah

Bagaimanapun selepas melepaskan kongkang itu jauh dari rumahnya, Ainiey secara tiba-tiba mengalami demam panas.

Apa yang mengejutkan lagi, pada malam yang sama juga kongkang itu datang kembali ke rumahnya dalam keadaan cedera yang sama.

Kongkang datang semula ke rumah selama 3 hari dalam keadaan cedera

Difahamkan, binatang terbabit datang semula ke rumahnya dalam keadaan cedera selama tiga hari berturut-turut.

“Tiga kali kera itu datang rumah walaupun dah buang jauh dan malam itu juga dengar orang baling pasir atas bumbung rumah, dengar orang nangis depan pintu bilik, lepas itu tiba-tiba lipan bara bawah bantal saya tidur, ular dan biawak masuk rumah. Semua binatang bisa,” tulisnya lagi.

Sakit yang tak boleh digambarkan sehingga terpaksa dibawa ke hospital

Lebih parah lagi apabila Ainiey diuji dengan kesakitan yang tidak boleh digambarkan sehingga dia terpaksa dibawa ke hospital pada pukul 3 pagi.

Namun, doktor yang merawat Ainiey juga tidak dapat mengesahkan tentang punca kesakitan yang dialaminya kerana pemeriksaan yang dilakukan mendapatinya semuanya dalam keadaan baik.

Ainiey juga menjalani perubatan kampung setelah pelbagai ikhtiar yang dilakukannya namun tidak berjaya sembuh daripada kesakitan yang dialami sehingga dia hampir memutus asa.

Namun dengan izin Allah, derita yang dialami oleh Ainiey hampir 3 bulan itu akhirnya hilang dan dia kembali sembuh seperti sediakala.

“Orang yang tak pernah rasa dia akan cakap benda ni merapu. Hanya orang yang pernah rasa sahaja tahu sakit tu macam mana bila kena buatan orang.

“Cukuplah pengalaman selama beberapa bulan ini dalam hidup saya yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Semoga Allah pelihara kita semua dan jauhkan benda-benda yang tak elok,” katanya.

@ainieyaffilliate.shop

Replying to @Hasyimah Kafiah @Ainiey/affilliate.shop♡ macam mana la saya tak tlong tengok bekas tengah lubang tu. itu masa kedua or ketiga saya tak ingat..sbb masa hari pertama dia bergayut dekat tingkap darah menitik smpai ke lantai. habis satu muka berdarah🥹🥲. lubang dekat dahi dia tu kalau tgok real amat dasyat dalam sangat…smpai kan kita rasa kesian nak tlong. tp saya tk pegang dan sentuh langsung pon dia. just tuangkan minyak gamat (xpanas) dari jauh. sbb masa tu dh xboleh nak pikir apa lg tengok darah bnyak…. 😌😌.. tp bila tgok balik gmbar2 ni rasa lain mcm muka dia.. sbb awal datang mmg saya tkperasan pon. nmpak mcm comel je .. kesian tgok. tp sebaliknya … Allah ja yang tau, dan masa kejadiaan saya xberada di luar rumah yaa.. saya di dalam rumah … dia datang pon lepas pada azan magrib. harap terjawab ya persoalan2 disini.🙏🏻. #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #kisahserambenar

♬ Perwiraku teruskan berjuang – Riza piqa

Pengertian sihir menurut Ibnu Qudamah

Sekadar info, menurut Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni, sihir disifatkan sebagai ikatan halus, jampi dan perkataan yang diucapkan, ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap orang yang disihir termasuk kesengsaraan hati dan akal seseorang tanpa menyentuh jasad secara langsung.

Mengikut agama Islam, jelas dan nyata bahawa perbuatan sihir ini adalah sesuatu yang diharamkan dan berdosa besar jika melakukannya.

Kongkang boleh keluarkan racun

Namun jangan dilupa, dari sudut sains pula, kongkang boleh dikategorikan sebagai haiwan berbahaya. Ia bukan sahaja boleh menggigit, bahkan ia juga merupakan salah satu dari tujuh spesies mamalia yang boleh mengeluarkan racun.

Racun ini juga agak berbahaya kerana boleh menyebabkan kejutan anafilaksis dan kematian kepada organisma yang dirasakan mengancamnya termasuk kepada manusia.

Justeru kami tidak mengetahui adakah masalah yang melanda wanita ini ada kaitan dengan sihir atau disebabkan racun.

Namun untuk mengaitkannya dengan racun agak mustahil memandangkan dia sudah menjalani pemeriksaan penuh di hospital sejak berdepan penyakit tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Dicabul Ketika Dapatkan Rawatan Sihir, Bomoh Raba Badan & Kemaluan Beberapa Kali

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

2 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

3 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

3 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

3 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

4 hours ago