fbpx
Now Reading
Wanita Dicabul Ketika Dapatkan Rawatan Sihir, Bomoh Raba Badan & Kemaluan Beberapa Kali

Wanita Dicabul Ketika Dapatkan Rawatan Sihir, Bomoh Raba Badan & Kemaluan Beberapa Kali

Kejadian itu berlaku ketika wanita berusia 27 tahun itu mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan tradisional di Damansara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita berdepan detik hitam apabila dia dicabul ketika sedang mendapatkan rawatan bagi mengubati sihir.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika wanita yang berusia 27 tahun itu mahu mendapatkan rawatan sihir di sebuah Pusat Perubatan Tradisional di Damansara.

Raba Badan & Kemaluan Beberapa Kali

Difahamkan, wanita berkenaan hadir bersama tunangnya ke pusat rawatan itu bagi mendapatkan rawatan pada 22 Mei yang lalu.

Ketika kejadian, seorang lelaki yang mengaku sebagai pengamal perubatan dalam lingkungan 60-an meminta mangsa untuk masuk ke sebuah bilik bagi memulakan sesi rawatan lapor Harian Metro memetik sumber.

“Mangsa mendakwa disuruh memasuki sebuah bilik dan semasa proses rawatan, lelaki itu menyentuh bahagian badan dan kemaluannya beberapa kali,” kata sumber.

Semasa sedang dirawat dalam bilik tersebut, bomoh berkenaan bertindak mencabul mangsa dengan menyentuh bahagian badan dan kemaluan mangsa beberapa kali.

Setelah sesi rawatan yang pertama, mangsa kemudian diminta mandi oleh pengamal perubatan berkenaan sebelum memulakan sesi rawatan kedua.

Namun, dalam sesi rawatan kedua, lelaki itu sekali lagi melakukan tindakan keji sama terhadap mangsa sehingga wanita itu ketakutan lalu terus keluar daripada bilik tersebut.

Mangsa Buat Laporan Polis, Suspek Sudah Ditahan Reman

Mangsa menceritakan perkara tersebut kepada tunangnya sebelum membuat laporan polis kerana trauma dengan perbuatan terkutuk pengamal perubatan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Menurut beliau, suspek telah ditahan dan direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Sekiranya didapati bersalah, individu boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Baca Artikel Berkaitan: Pembantu Jurulatih Selam Skuba Didakwa Cabul Pelancong Wanita China Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Direman 7 Hari, Didakwa Cabul Pesakit Kanak-Kanak Umur 12 Tahun Di Kemaman

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.