fbpx
Now Reading
Anak Tergamak Bunuh Bapa Guna Penyodok, Siap Balut Mayat Dengan Langsir & Buang Tepi Jalan

Anak Tergamak Bunuh Bapa Guna Penyodok, Siap Balut Mayat Dengan Langsir & Buang Tepi Jalan

Pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang disyaki digunakan oleh suspek bagi membawa mangsa menemui terdapat kesan tompokan darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang kasih sayang di antara ibu bapa dan anak, pastinya kita sudah dapat membayangkan hubungan erat yang terjalin.

Hubungan kasih sayang yang wujud ini menyebabkan seseorang individu itu sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi dan memastikan keselamatan keluarga tercinta.

Namun, entah di mana silapnya, pada masa kini sering kali kedengaran di media sosial kes-kes pembunuhan terutama yang melibatkan pembunuhan ibu bapa atau anak.

Anak Tergamak Bunuh Bapa, Balut Dengan Langsir & Buang Mayat Tepi Jalan

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang berusia 74 tahun di Petaling Jaya apabila dia dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya.

Kejadian menyayat hati itu berlaku apabila polis menemui mayat mangsa berbalut dengan langsir dipercayai mati dibelasah oleh anaknya sendiri di tepi jalan sekitar PJS10 pada Jumaat (25 Ogos) lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, mayat warga emas itu ditemui di tepi jalan berhampiran kondominium berhampiran Sungai Way.

“Siasatan mendapati kesan kecederaan di kepala, tangan sebelah kiri disyaki patah dan kesan lebam di bahagian dada mangsa”

“Pemeriksaan di lokasi rumah mangsa pula, terdapat kesan tompokan darah di bahagian dinding dan pintu bilik tidurnya serta kesan seretan di bahagian ruang tamu,” katanya.

Temui Tompokan Pada Kereta, Suspek Ditahan

Tambah Fakhrudin, pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang disyaki digunakan oleh suspek yang berusia 40 tahun bagi membawa mangsa menemui terdapat kesan tompokan darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

“Susulan itu, suspek yang juga anak kandung mangsa ditahan untuk siasatan. Dia disyaki memukul bapanya dengan menggunakan penyodok sehingga menyebabkan kematian.

“Suspek kemudian bertindak membalut mangsa menggunakan langsir sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Marah Ditegur Leka Bermain Telefon, Si Anak Tergamak Bunuh Bapa Kandung

Baca Artikel Berkaitan: Bunuh Bapa Gara-gara Tidak Dapat Main PUBG

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.