Anggap Tunang Curang Sebagai Dugaan, Netizen Nasihat Gadis Tidak Teruskan Perkahwinan

Bertunang merupakan satu hubungan awal buat pasangan yang bercinta untuk saling mengenali antara satu sama lain termasuklah keluarga masing-masing.

Antara tujuan lain bertunang juga adalah sebagai persiapan buat individu terutama dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Dalam budaya dan adat Melayu, pasangan yang bertunang sering kali dikaitkan dengan ‘darah manis’ dan diberi peringatan oleh orang-orang tua tentang dugaan bertunang.

Dalam tempoh ini, pasangan diingatkan untuk menjaga diri dan lebih berhati-hati serta sabar dengan ujian yang mendatang kerana itu merupakan antara dugaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Tunang Curang Dengan Sepupu Sendiri

Menerusi perkongsian di akaun Twitter @twtmalaywedding, seorang gadis mendakwa dia sedang menghadapi dugaan bertunang dan memohon pendapat daripada netizen.

Menurutnya, dia dan pasangan telah mengikat tali pertunangan pada bulan Januari yang lalu. Namun, dia berjaya menghidu kecurangan tunangnya selepas menjumpai mesej antara lelaki itu bersama sepupu sendiri.

“Sampailah satu hari aku check telefon dia dan kantoi dia chat dengan sepupu dia tapi bukan chat biasa-biasa.

“Chat ajak keluar sama-sama, minta kiss, suruh turun bilik dia bila semua orang dah tidur sebab masa itu diorang tinggal sama-sama dekat rumah nenek masa raya,” tulis gadis berkenaan.

Ekoran daripada itu, gadis berkenaan berasa kecewa dengan perbuatan tunangnya dan mahu memutuskan hubungan.

Keliru Dengan Sikap Bakal Suami, Gadis Anggap Dugaan Bertunang

Namun, sikap lelaki berkenaan yang bersungguh-sungguh memujuk dan merayu untuk tidak memutuskan pertunangan telah mengelirukan gadis itu.

Tambahnya lagi, dia juga berasa berat hati kerana layanan keluarga lelaki itu terutama ibunya sangat baik menyukarkan dia untuk membuat keputusan. Dia mahu memberi peluang namun dia juga dikatakan keliru dengan perasaan sendiri.

Baginya, ia satu keputusan yang sukar dibuat ditambah lagi dengan keadaan ibu bapanya yang sedang dalam proses bercerai. Malah, dia juga menganggap segala masalah yang dihadapi olehnya kini merupakan dugaan bertunang.

Foto: Twitter @twtmalaywedding
Foto: Twitter @twtmalaywedding
Foto: Twitter @twtmalaywedding

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan gadis itu agar meninggalkan sahaja lelaki berkenaan bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Malah, rata-ratanya turut mengecam lelaki itu yang sanggup curang ketika tempoh bertunang dan menjadikan sepupu sendiri sebagai skandal.

Ini Bukan Dugaan, Ini Cara Allah Nak Selamatkan Diri Awak

Dia Bukan Merayu Sebab Nak Awak, Dia Merayu Takut Emak Ayah Dia Tahu

Semua Orang Layak Untuk Peluang Kedua Kecuali Penipu

Jijik Dengan Lelaki Macam Ni, Dengan Sepupu Sendiri Pun Bernafsu, Macam Manalah Awak Boleh Terima Dia Lagi

Sepupu Ni Lambat Laun Jumpa Juga, Dah Kahwin Nanti Pun Boleh Senyap-Senyap Jumpa

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

2 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

3 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

4 hours ago