fbpx
Now Reading
Wanita Salah Pilih Teman Hidup, Netizen Saran Individu Adakan Sesi Taaruf Sebelum Nikah

Wanita Salah Pilih Teman Hidup, Netizen Saran Individu Adakan Sesi Taaruf Sebelum Nikah

Percaya dengan konsep bercinta selepas nikah, wanita itu meneruskan perkahwinan walaupun tidak kenal sepenuhnya lelaki yang bakal menjadi teman hidupnya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum mengakhiri zaman bujang, kebanyakan individu memilih untuk menjalinkan hubungan dengan pasangan sebelum ianya berakhir ke jinjang pelamin.

Kebiasaannya, hubungan yang terjalin adalah bertujuan untuk mengenali hati budi dan kesesuaian pasangan sebelum memilihnya untuk menjadi teman hidup.

Ada di antara kita yang memerlukan sekurang-kurangnya setahun bagi mencari keserasian. Namun, ada juga yang lebih selesa menggunakan cara orang zaman dahulu iaitu memilih untuk mengenal pasangan selepas bernikah.

Sekiranya bernasib baik ditemukan dengan pasangan yang memahami, maka rumah tangga akan menjadi aman dan harmoni. Namun, jika tersilap langkah, maka sengsaralah jadinya.

Keluar Sekali Terus Ajak Kahwin, Percaya Konsep Bercinta Lepas Nikah

Begitu juga yang dihadapi oleh seorang wanita apabila terpaksa berhadapan dengan sikap suami yang mementingkan diri.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @pikasekri, wanita berkenaan dikatakan baharu sahaja tiga bulan berkahwin dengan suaminya.

Menurut wanita itu, detik perkenalan dia dan suaminya bermula di media sosial. Ketika pertama kali berjumpa, lelaki yang berusia 28 tahun itu terus mengajak wanita tersebut berkahwin.

Percaya dengan konsep bercinta selepas nikah, wanita itu meneruskan perkahwinan walaupun tidak kenal sepenuhnya lelaki yang bakal menjadi teman hidupnya itu.

Suami Pinjam Ah Long 30K, Minta Isteri Jadi Penjamin

Namun begitu, sikap suaminya mula terbongkar sewaktu wanita berkenaan mendapati dirinya sedang mengandung.

Dia yang tinggal berasingan telah meminta suaminya untuk menemani dirinya berjumpa dengan doktor bagi pengesahan kehamilan.

Suaminya dilihat seolah-olah tidak teruja dengan perkhabaran tersebut malah bertindak memarahi wanita berkenaan.

Walau bagaimanapun, suami wanita itu bertindak menghubunginya sejam selepas kejadian namun ia hanya bertujuan untuk meminta si isteri menjadi penjamin bagi sebuah pinjaman.

Menurut wanita berkenaan, suaminya telah membuat pinjaman sebanyak RM30,000 daripada Ah Long. Enggan mengikut arahan suaminya, wanita itu diugut oleh lelaki berkenaan untuk menjual anak dalam kandungan.

Foto: @pikasekri
Foto: @pikasekri
Foto: @pikasekri
Foto: @pikasekri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan suami wanita berkenaan dan menyarankan wanita itu untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Namun, ada juga yang menyalahkan wanita itu kerana mengambil langkah terburu-buru dengan berkahwin tanpa mengenali latar belakang dan hati budi lelaki itu.

Malah, wujud perdebatan antara netizen bahawa wanita berkenaan sepatutnya menjalankan sesi taaruf (suai kenal) sebelum bernikah.

Apa Itu Taaruf?

Untuk info, perkataan taaruf diambil daripada bahasa Arab yang membawa maksud kenal. Taaruf sebelum kahwin merupakan satu proses pengenalan diri dengan lebih mendalam buat kedua-dua pasangan yang mahu berkahwin.

Proses ini tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Malah ia merupakan proses yang memberi hak kepada calon untuk menolak pasangan taaruf mereka. Walau bagaimanapun, tempoh taaruf perlulah tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat.

Memetik daripada BaitulMuslim.com, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda di dalam suatu hadis berkaitan dengan galakan untuk mengenal bakal pasangan sebelum berkahwin. Hadis tersebut ialah sabda baginda kepada seorang sahabat yang bernama Mughirah bin Syu’bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita yang bermaksud;

“Lihatlah perempuan itu, semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.”

Jadi, buat pasangan yang bakal berkahwin, anda harus membezakan konsep taaruf sebelum nikah dan bercinta selepas nikah kerana kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.

Baca Artikel Berkaitan: Lagi 2 Bulan Nak Nikah Bakal Suami Minta Batalkan Majlis, Mahu Cerai Jika Perkahwinan Diteruskan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kahwin Tidak Sekufu Tapi Pasangan Ada ‘Effort’, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bahagia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.