fbpx
Now Reading
“Allahu Kesiannya” – Majlis Kahwin Berbaki 2 Hari, Rumah Pengantin Hangus Dijilat Api [Video]

“Allahu Kesiannya” – Majlis Kahwin Berbaki 2 Hari, Rumah Pengantin Hangus Dijilat Api [Video]

Difahamkan, semasa kebakaran berlaku ahli keluarga dan saudara-mara sedang berkumpul melakukan persiapan majlis perkahwinan di rumah tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang yang ingin membina keluarganya sendiri pasti sedang mengimpikan hari untuk bergelar raja sehari bersama pasangan yang dicintai.

Mungkin anda yang sedang membaca artikel ini pun sudah mempunyai perancangan berkahwin pada bulan ini atau tahun hadapan.

Pasti perasaan teruja menanti hari penuh bermakna itu tidak dapat digambarkan terutamanya ketika sedang melakukan persiapan kahwin.

Rumah pengantin terbakar di saat menjelang hari bahagia

Bagaimanapun, lain pula kisah yang berlaku pada pasangan ini apabila majlis perkahwinan yang hanya berbaki lagi dua hari untuk berlangsung telah diuji dengan tragedi rumah pengantin hangus terbakar dijilat api.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @aliahrose98, kelihatan api marak di bahagian atas rumah dua tingkat itu.

Keadaan api yang begitu besar juga menyebabkan beberapa kanopi yang dipasang pada keliling rumah berkenaan juga turut terbakar.

Ahli keluarga dan saudara-mara sedang lakukan persiapan kahwin semasa kejadian

Difahamkan, semasa kejadian ahli keluarga dan saudara-mara sedang berkumpul melakukan persiapan majlis perkahwinan di rumah tersebut.

“Berbaki 2 hari persiapan perkahwinan, rumah hangus dijilat api. Semoga Nurul dan keluarga kuat menghadapi ujian ini.

“Alhamdulilah tiada yang cedera, disebabkan kejadian itu berlaku semasa rewang, ramai saudara mara membantu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pihak bomba berjaya padam kebakaran, punca kejadian masih dalam siasatan

Dalam video yang sama, turut kelihatan pihak bomba yang tiba sedang bertungkus-lumus cuba memadam dan mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak sebelum akhirnya ia berjaya dipadam.

Menurut pemilik video, ahli keluarga yang berada di tempat kejadian terdengar bunyi letupan sebelum kebakaran berlaku, namun punca sebenar masih lagi dalam siasatan.

@aliahrose98

Alhamdulillah tiada yg cedera , disebabkan kejadian tu berlaku semasa rewang, ramai saudara mara membantu 🥺 #foryou

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Netizen tumpang bersimpati dan titip doa

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial juga tumpang bersimpati dengan dugaan yang menimpa pasangan terbabit.

Malah, kebanyakan netizen juga menitipkan doa agar segala urusan mereka dan keluarga dimudahkan serta mendapat rezeki yang lebih besar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.