fbpx
Now Reading
Kahwin Tidak Sekufu Tapi Pasangan Ada ‘Effort’, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bahagia

Kahwin Tidak Sekufu Tapi Pasangan Ada ‘Effort’, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bahagia

Menerusi bebenang yang dibuat di Twitter itu, kakaknya merupakan seorang jurutera yang berkahwin dengan abang iparnya yang hanya bekerja sebagai Mat Despatch.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di dalam Islam, antara salah satu ciri yang disarankan dalam memilih pasangan adalah sekufu. Merujuk kepada laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekufu dalam perkahwinan membawa maksud hak isteri dan wali-walinya.

Ia merujuk kepada persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek antaranya seperti agama, pekerjaan dan tiada kecacatan.

Sekufu bukan syarat sah nikah namun ia perlu bagi mengelakkan perkara yang buruk dari berlaku serta menjamin kelangsungan hidup suami isteri.

Pada masa kini, takrif sekufu itu turut diperluaskan kepada tahap pendidikan. Ada di antara wanita yang melihat tahap pendidikan dan pekerjaan seseorang sebelum menjadikan lelaki itu sebagai pasangan hidupnya.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial perbincangan mengenai pentingnya sekufu dalam perkahwinan terutamanya sekufu dari segi tahap pendidikan.

Rata-rata mempunyai pendapat masing-masing dan ada yang beranggapan sekufu dalam perkara ini penting bagi kehidupan berumah tangga.

Kakak Kerja Sebagai Jurutera Dan Pencari Nafkah Keluarga

Menerusi perkongsian di akaun @aizkflie, dia berkongsi kisah perkahwinan kakak dan abang iparnya dalam menjalani bahtera rumah tangga.

Menerusi bebenang yang dibuat di Twitter itu, kakaknya merupakan seorang jurutera yang berkahwin dengan abang iparnya yang hanya bekerja sebagai Pembantu Pejabat atau Mat Despatch.

Menurutnya, segala perbelanjaan rumah seperti makanan, rumah dan sekolah anak ditanggung oleh kakaknya.

Namun, pandemik Covid-19 telah meragut kebahagiaan apabila kakaknya diberhentikan kerja dan pada masa yang sama turut mengalami keguguran.

Kehidupan Berubah, Abang Ipar Kerja Lebih Keras Bantu Keluarga

Ekoran daripada itu, kesemua perbelanjaan isi rumah terpaksa dibebankan kepada abang iparnya. Malah kakaknya terpaksa menjual kereta dan melupakan kehidupan yang mewah bagi membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan keluarganya.

Namun, apa yang menyentuh hati pengguna Twitter itu adalah kesanggupan abang iparnya untuk menggandakan usaha bagi menaik taraf kehidupan keluarganya sendiri.

Abang iparnya dikatakan telah membuat lebih daripada satu kerja malah mempunyai kemahiran dalam bidang bakeri dan memanfaatkan kemahiran itu bagi menyara keluarga.

Abang Ipar Bantu Kakak Siapkan Resume, Kakak Dapat Kerja Baru

Malah, dengan pengalaman sebagai seorang budak pejabat, abang iparnya dikatakan turut membantu menyiapkan resume kakaknya bagi mencari pekerjaan.

Kakaknya berjaya memperolehi kerja baru yang lebih baik dan tidak memberi tekanan dalam kehidupannya. Malah, kehidupan kakaknya dikatakan bertambah baik walaupun tidak bekerja sebagai jurutera.

Baginya, tidak sekufu dalam pendidikan atau pekerjaan adalah bukan perkara yang besar asalkan pasangan rajin berusaha untuk memperbaiki kehidupan.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian dari warganet. Ratanya-ratanya terinspirasi dengan kisah yang dikongsikan malah ada juga yang bersetuju bahawa sekufu atau tidak, pasangan yang dipilih perlu mempunyai sikap tanggungjawab dan rajin berusaha dalam memperbaiki rumah tangga.

Berikut antara komen warganet:

Takpe Gaji Kecik, Kalau Dua-Dua Tak Malas, Saling Membantu, Tak Merungut Dan Saling Memahami

Saya Setuju Tak Sekufu Dari Segi Pelajaran, Harta Tak Semestinya Bahagia. Asalkan Pemikiran Jalan Seiring

Terima Kasih Kerana Berkongsi Kisah Yang Sangat Terinspirasi

Foto: Twitter @aizkflie

Baca Artikel Berkaitan: Demi Masa Hadapan, Pasangan Ini Terpaksa Putus Tunang Kerana Penyakit Talasemia

Baca Artikel Berkaitan: Cinta Tak Kenal Usia, Pemuda Pilih Warga Emas Sebagai Pasangan Hidup Meskipun Jarak Umur 34 Tahun [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.