
Demi Masa Hadapan, Pasangan Ini Terpaksa Putus Tunang Kerana Penyakit Talasemia
Wanita berkenaan mengambil keputusan untuk berpisah setelah menyedari dia juga adalah pembawa Talasemia sama seperti tunangnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah. Umumnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.
Talasemia juga merupakan penyakit genetik atau keturunan, di mana anak yang menghidapi Talasemia mewarisi penyakit ini daripada ibu bapanya.
Buat pasangan yang bakal berkahwin, selain daripada melakukan ujian HIV, pasangan juga digalakkan untuk melakukan ujian Talasemia.
Ia penting bagi memastikan kedua-dua pasangan dan anak yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan sihat.
Pasangan Terpaksa Putus Tunang Kerana Dua-Dua Pembawa Talasemia
Kebanyakan pasangan mengambil keputusan untuk berpisah kerana tiada persefahaman atau terdapat orang ketiga.
Namun, lain pula dengan pasangan tempatan ini kerana mereka dikatakan terpaksa berpisah kerana penyakit Talasemia.
Baru-baru ini, tular di Twitter, seorang wanita membuat satu hantaran menyatakan bahawa dia dan pasangannya telah mengambil keputusan untuk putus tunang.
Menerusi ciapan di media sosial itu, wanita berkenaan mengambil keputusan itu setelah menyedari dia juga adalah pembawa Talasemia sama seperti tunangnya.
He sent me this, with question “nak post, tapi macam ntah lah. it’s not a good news.” And me “We’ve publicly announced that we were engaged kan. I think it’s proper je to tell that we’re no longer together. And the causes are thalassemia.” pic.twitter.com/Q0XmCW0xkW
— Farra Diana (@FarraDiana_) May 27, 2023
Sebelum ini, dia menyangka dirinya adalah normal namun, sebagai langkah berjaga-jaga, dia mengambil keputusan untuk membuat ujian darah.
Difahamkan dia hanya membuat pemeriksaan berkenaan selepas mengikat tali pertunangan.
Namun, keputusan ujian darah itu amat mengejutkan yang mana hasil ujian menunjukkan dia juga adalah pembawa Talasemia.
When we were in Paediatrics department, we saw many transfusion dependent thalassemia children. When two carriers are together, anak ada high risk of getting major thalassemia. Apa benda thalassemia ni? Boleh baca below pic.twitter.com/8UjnG1wESH
— Farra Diana (@FarraDiana_) May 27, 2023
Akur dengan keputusan ujian tersebut, wanita dan tunangnya secara bersama bersetuju untuk memutuskan pertunangan demi kebaikan masa hadapan.
Rata-rata netizen turut bersedih dengan apa yang berlaku terhadap pasangan itu. Kebanyakan daripada mereka mendoakan kebahagian wanita dan pasangannya.


Malah ada juga netizen yang mencadangkan alternatif lain kepada wanita itu bagi mengelakkan perpisahan.

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Penyakit Talasemia, Pasangan Kekasih Ini Terpaksa Berpisah
Baca Artikel Berkaitan: Putus Tunang Sebulan Sebelum Kahwin, Hubungan 5 Tahun Berakhir