fbpx
Now Reading
Kedah & Sabah Catat Jumlah Pasangan Bercerai Paling Tinggi Dalam Malaysia

Kedah & Sabah Catat Jumlah Pasangan Bercerai Paling Tinggi Dalam Malaysia

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, bilangan perkahwinan yang direkodkan pada 2022 juga menurun iaitu sebanyak 214,820 berbanding tahun sebelumnya (215,973).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mendirikan rumah tangga bersama insan tercinta merupakan impian setiap orang dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.

Pun begitu, tidak semua perkahwinan itu sentiasa menempuhi saat bahagia apabila kadang ia turut diuji dengan pelbagai dugaan lain.

Bagi yang mampu menghadapi dugaan itu, perkahwinan mungkin dapat diselamatkan, namun jika tidak, ia akan berakhir dengan perpisahan.

Bilangan penceraian pada 2022 meningkat berbandin 2021

Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini mendedahkan bilangan penceraian pada tahun lepas telah meningkat sebanyak 43.1% bersamaan 62,890 berbanding 2021 (43,936).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bilangan perceraian melibatkan pasangan orang Islam pada 2022 meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan jumlah penceraian sebanyak 45.9%

Menurutnya, ia meningkat sebanyak 45.9% dengan jumlah seramai 46,138 berbanding 2021 hanya 31,650.

“Peningkatan ini disebabkan oleh kes-kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya. Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang Islam iaitu Kedah (113.6%), Sabah (94.5%) dan Perlis (83.5%).

“Sementara itu, perceraian orang bukan Islam juga turut meningkat 36.4% daripada 12,286 (2021) kepada 16,752 (2022),” katanya dipetik Kosmo hari ini (23 November).

Bilangan perkahwinan pada 2022 juga menurun berbanding tahun sebelumnya

Menurutnya lagi, turut dilaporkan bilangan perkahwinan yang direkodkan pada tahun 2022 adalah sebanyak 214,820.

Jelas Mohd. Uzir, jumlah tersebut mengalami sedikit penurunan sebanyak 0.5% daripada 215,973 yang dicatatkan pada tahun 2021.

“Penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 4.1% bilangan perkahwinan orang Islam pada 2022 (168,726) berbanding 2021 (176,002).

“Laporan ini turut membentangkan keseluruhan kadar perkahwinan am bagi pengantin lelaki menurun daripada 46.0 kepada 45.3 bagi setiap seribu penduduk lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang belum berkahwin.

“Trend yang sama juga bagi pengantin perempuan yang merekodkan penurunan daripada 47.6 kepada 47.1 bagi setiap seribu penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih yang belum berkahwin,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: 76,000 Pasangan Bercerai Sejak Pandemik Covid-19 Landa Negara

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.