fbpx

Aliff Aziz Enggan Cerai Bella Astillah, Akui Masih Sayang

Alif Aziz ketika prosiding mengakui yang dia masih sayangkan Bella selepas disoal Hakim Syarie.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini penyanyi dan pelakon, Bella Astillah telah bertindak memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz.

Keputusan untuk memfailkan penceraian itu dibuat oleh Bella selepas mengambil kira pelbagai perkara selain kes tangkap khalwat yang melibatkan suaminya bersama pelakon wanita, Ruhainies pada Mac lalu.

Baca artikel berkaitan: “Sudah Banyak Peluang Diberikan”- Bella Astillah Nekad Mahu Bercerai Dengan Aliff Aziz

Aliff Aziz tak nak ceraikan Bella Astillah

Hari ini (4 April) pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz memaklumkan dia tidak mahu menceraikan Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Astillah.

Perkara itu dimaklumkan penyanyi kelahiran Singapura tersebut ketika kes permohonan cerai dibicarakan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lapor Sinar Harian.

“Benar Yang Arif, tidak bersetuju (atas permohonan cerai). Ini bukan suatu keputusan yang boleh difikirkan dalam sehari, saya perlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang besar ini,” jelasnya, dipetik Berita Harian.

Akui masih sayang

Memetik Kosmo, Aliff ketika prosiding mengakui yang dia masih sayangkan Bella selepas ditanya Hakim Syarie.

Hakim Syarie: Masih sayang (Bella)?

Aliff: Sayang

Aliff dan Bella diperintah hadir proses JKP pada 4 Jun

Susulan itu, pasangan terbabit diperintah hadir proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun depan. Malah Aliff ketika di mahkamah memaklumkan memerlukan masa untuk berfikir.

Pasangan itu sebelum ini telah berkahwin pada 9 September 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019. Namun mereka kembali rujuk sewaktu dalam tempoh iddah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.