fbpx
Now Reading
76,000 Pasangan Bercerai Sejak Pandemik Covid-19 Landa Negara

76,000 Pasangan Bercerai Sejak Pandemik Covid-19 Landa Negara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Percaya atau tidak, selain kes tekanan mental dan penderaan yang meningkat sejak bermulanya pandemik Covid-19 dalam negara, kes penceraian juga telah mencatatkan peningkatan yang begitu tinggi.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak Mac tahun lalu hingga Ogos tahun ini, sebanyak 76,786 kes penceraian yang telah didaftarkan di seluruh negara .

Dari jumlah tersebut 66,440 kes adalah membabitkan pasangan beragama Islam, manakala bakinya 10,346 adalah pasangan bukan Islam.

Perkara itu dikongsikan beliau sewaktu sesi parlimen pada rabu sewaktu menjawab persoalan oleh Ahli Parlimen Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom mengenai statistik penceraian melibatkan orang di kawasan pendalaman sepanjang pandemik.

Foto : Bernama

Selangor kes penceraian tertinggi bagi pasangan islam dan bukan islam

Mengulas lanjut mengenai angka bealu berkata, perincian kes yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mendapati negeri Selangor telah mencatatkan jumlah tertinggi dalam kalangan pasangan beragama Islam iaitu 12,479 kes diiikuti Johor dengan 7,558 kes dan Kedah (5,985).

Begitu juga bagi pasangan bukan islam dimana Selangor turut mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,160 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,893) dan Perak (1,209).

Foto sekadar hiasan

Namun bagi menjawab soalan Dr Hasan, Ismail berkata mahkamah tidak mempunyai statistik khusus berkenaan bilangan penceraian masyarakat luar bandar semasa pandemik.

“Jabatan ini tidak mempunyai pecahan statistik khusus permohonan perceraian yang melibatkan masyarakat bandar mahupun luar bandar,” katanya lagi.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.