fbpx
Now Reading
Siap Bawa Anak Ke Hotel, 2 Pasangan Kantoi Dicekup Semasa Hari Kekasih

Siap Bawa Anak Ke Hotel, 2 Pasangan Kantoi Dicekup Semasa Hari Kekasih

Satu lagi pasangan yang dicekup turut mengaku sudah bertunang namun hasil soat siasat dilakukan bersama keluarga mereka tidak mempunyai sebarang ikatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

14 Februari sangat sinonim dengan ‘Hari Kekasih’ atau Valentine’s Day yang diraikan oleh kebanyakan pasangan kekasih khususnya yang bukan Islam.

Sempena hari tersebut kebanyakan individu akan memberikan hadiah kepada pasangan masing-masing sebagai penghargaan. Namun ada juga yang menyambutnya secara berlebihan sehingga melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan berdosa.

Ibu tunggal dicekup berkhalwat dengan kekasih & bawa anak kecil bersama

Semalam (14 Februari), seorang wanita yang juga ibu tunggal telah dicekup berkhalwat oleh pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Kedah selepas kantoi menginap dekat sebuah hotel di Pekan Lunas bersama kekasih yang berusia 43 tahun.

Lebih menarik perhatian ibu tunggal berusia 41 tahun itu turut membawa dua orang anaknya yang berusia empat serta enam tahun dan mereka dicekup pada jam 10.55 malam dalam satu serbuan Op Kasih Sayang yang dilakukan PADK sempena Hari Kekasih di daerah itu.

Operasi itu dilakukan bermula pada malam tadi sehingga awal pagi tadi (15 Februari).

Gagal tunjuk dokumen sudah berkahwin sebelum ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim

Menurut Pegawai Penguatkuasaan Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan di hotel terbabit, pihaknya mendapati terdapat satu pasangan yang mencurigakan bersama dua orang anak kecil yang ada di dalam bilik tersebut.

“Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku dua kanak-kanak terbabit adalah anak kandungnya manakala lelaki itu pula adalah teman lelakinya dan gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri atau mahram ketika disoal siasat.

“Berikutan itu, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Mereka yang dicekup tinggal di Pulau Pinang dan telah dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan dari dua individu tersebut diambil.

Kes disiasat dibawah Seksyen 25(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, sekiranya individu disabit dengan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ada pasangan guna alasan hujan lebat untuk berteduh di motel

Dalam pada itu, satu lagi pemeriksaan di sebuah motel di Jalan Lembah Impiana turut dilakukan dan mendapati satu lagi pasangan yang memberi alasan kononnya mereka berehat keraja hujan lebat sebelum keluar semula untuk berjalan di sekitar daerah terbabit dengan menaiki motosikal.

Walau bagaimanapun alasan yang diberikan oleh pasangan berusia 23 dan 25 tahun tak diterima pihak PADK sewaktu pemeriksaan dibuat pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Bukan hanya itu, pasangan tersebut turut memberi alasan bahawa mereka baru sahaja bertunang.

Tetapi menerusi siasatan lanjut dilakukan dengan ahli keluarga mereka mendapati, pasangan itu tidak mempunyai apa-apa ikatan.

Susulan itu mereka lalu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan tangkapan serta dibebaskan dengan jaminan sebaik keterangan diberikan, kes disiasat mengikut enakmen sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.