fbpx
Now Reading
“Tiada Sefahaman” – Mawar Rashid & Raf Sudah Berpisah

“Tiada Sefahaman” – Mawar Rashid & Raf Sudah Berpisah

Mawar Rashid menerusi satu muat naik di Instagram berkata, keputusan itu dilakukan secara bersama atas dasar tiada persefahaman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Teka-teki peminat dunia hiburan mengenai status hubungan pelakon, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob terjawab apabila aktres itu mengesahkan mereka sudah berpisah.

Mawar Rashid menerusi satu muat naik di Instagram berkata, keputusan itu dilakukan secara bersama atas dasar tiada persefahaman.

Namun dia menjelaskan hubungan mereka berdua masih baik demi anak-anak.

“Kami berdua sudah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman namun masih mempunyai hubungan baik.

“Fokus utama ketika ini ialah memberi sokongan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak kami.

“Kerjasama dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa adalah sangat penting dan itu yang kami lakukan bersama ketika ini, insya-Allah,” kata Mawar.

Dia dalam muat naik sama turut meminta orang ramai termasuk media agar memberikan ruang dan mendoakan mereka.

“Hanya ini sahaja kenyataan dari kami berdua dan harap anda semua menghormatinya.

“Kepada pengikut media sosial, kami memohon doa yang baik daripada anda semua,” ujarnya lagi.

Terdahulu nama pasangan ini menjadi bualan hangat di media sosial selepas Mawar dilihat sudah membuang semua foto bersama Raf di media sosial.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.