fbpx

Padam Gambar Tak Bertudung, Mawar Rashid Jauhi Keluarga & Rakan

Terdahulu, pelakon berkenaan telah tampil memohon maaf atas tindakannya membuka hijab dan menyatakan ia adalah suatu perkara yang tidak baik dan tidak wajar untuk dicontohi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila pelakon, Mawar Rashid memuat naik gambar memaparkan dia tidak lagi bertudung.

Malah pelakon itu turut menjelaskan dia telah mencuba namun gagal selain turut tampil memohon maaf atas apa yang berlaku.

Jelas Mawar, tindakannya itu bukanlah sesuatu yang baik serta wajar dicontohi dan menyatakan sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

Dia juga turut meminta orang ramai untuk sentiasa mendoakan agar istiqamah dalam memperbaiki dirinya yang penuh dengan kekurangan.

Baca artikel berkaitan: Isu Buka Tudung, Mawar Rashid Mohon Maaf Akui Tindakannya Tidak Patut Dicontohi – “Saya Gagal Kali Ini”

Mawar Rashid padam gambar tak menutup aurat

Terbaharu, pelakon itu bagaimanapun dilihat telah memadam gambar yang memaparkan dirinya tidak menutup aurat.

Menerusi satu hantaran di IG Story, aktres wanita itu turut memohon maaf kerana sehingga kini dia masih tidak memberi balasan kepada sesiapa.

Malah lebih memilih untuk menjauhi semua termasuk keluarganya.

Mohon maaf dan jelaskan hanya mahu bercakap dengan pakar terapi

“Saya mohon maaf kerana masih tidak memberi balasan kepada sesiapa.

“Maafkan saya kepada keluarga, rakan dan juga media,” katanya.

Dia dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan yang sentiasa bersama dengannya.

“Tetapi diri saya memutuskan untuk tidak berhubung dengan sesiapa. Buat masa ini saya hanya mahu bercakap dengan pakar terapi atau mungkin selamanya.”

Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) di 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS di KL: 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) di Telenita helpline: 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.m
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.