fbpx

Isu Buka Tudung, Mawar Rashid Mohon Maaf Akui Tindakannya Tidak Patut Dicontohi – “Saya Gagal Kali Ini”

Sebelum ini, aktres berkenaan telah memuat naik hantaran di Instagram memaparkan dua keping gambar dirinya tidak lagi berhijab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kecoh di media sosial, apabila pelakon dan juga usahawan, Mawar Rashid memuat naik foto memaparkan dirinya tidak berhijab.

Malah menerusi hantaran yang di muat naik di Instagram rasminya turut menyatakan dia telah mencuba namun gagal.

Perkara itu secara tidak langsung telah menjadi perhatian ramai yang terkejut dengan perubahan terbabit.

Mawar tampil mohon maaf jelaskan isu buka tudung

Susulan itu, Mawar Rashid menerusi IG Story telah tampil memohon maaf dan menjelaskan tindakan tersebut.

Kata aktres itu, dia memohon maaf kerana tidak mengangkat pangilan mahupun membalas pesanan dan hanya akan memberikan kenyataan di platform itu sahaja.

“Saya tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dikatakan mengenai isu ini sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi,” ujarnya.

Walau bagaimanapun dia masih berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT dan memilih untuk biarlah perkara itu hanya dia dan Maha Pencipta sahaja.

Sudah cuba sedaya upaya untuk istiqamah namun gagal

Mawar dalam masa sama turut memohon maaf kepada pihak yang telah kecewa dengannya.

“Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ini.

“Tapi saya gagal kali ini. Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini.”

Dia dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan dan kata-kata positif serta mendoakannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.