Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Semalam (9 Julai) telah berlabuhnya tirai pertandingan nyanyian Big Stage 2023 (musim kelima) yang dijuarai oleh Nadeera Zaini, Waode sebagai naib juara dan Putera Muhammad di tempat ketiga.
Tidak dinafikan konsert yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam itu berlangsung sengit dengan aksi memukau para perserta yang hebat dan berbakat.
Seluar ketat dipakai Putera Muhammad jadi perhatian
Walau bagaimanapun, dalam kemeriahan itu Putera Muhammad telah mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan memakai seluar ketat semasa membuat persembahan nyanyianya pada malam tadi.
Putera yang juga vokali kumpulan Madam kemudian memaklumkan bahawa insiden itu merupakan sesuatu yang tidak disengajakan.
Hal ini kerana terdapat segelintir penonton yang mengkritik pemakaian seluar ketat tersebut apabila ia dikatakan menampakkan bahagian yang tertentu.
“Apa yang berlaku bukanlah dirancang. Memang tak sengaja. Saya betul-betul minta maaf kalau ada penonton yang rasa tak selesa,” ujarnya dipetik Harian Metro.
Telah membuat cuba pakaian sebelum buat persembahan
Kata Putera yang menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu dengan pakaian tersebut, dia pada awalnya telah mencuba busana bagi memastikan segalanya dalam keadaan baik.
“Saya juga semak penampilan saya di hadapan kamera. Semuanya okay dan tak ada masalah. Tapi, mungkin ketika persembahan, saya mendapat ‘tenaga’ daripada penonton sekali gus banyak bergerak.
“Ditambah pula dengan pencahayaan yang menonjolkan lagi bahagian tertentu menyebabkan pakaian saya nampak tidak kena,” jelasnya.
Putera Muhammad yang dinobatkan pemenang tempat ketiga turut membawa pulang RM25,000 serta trofi.