Natalie Black Pukau Penonton Di ‘Adele Tribute Hometown Glory’
Antara lagu Adele yang dinyanyikan oleh Natalie ketika konsert “Adele Tribute Hometown Glory” adalah ‘Someone Like You’ dan juga ‘Easy On Me’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut mengenai penyanyi, Adele pasti beberapa lagu popularnya mula terngiang-ngiang di minda dan telinga anda.
Malah kebanyakkan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi ini sangat dekat dengan hati peminatnya.
Persembahan memukai Natalie sempena “Adele Tribute Hometown Glory”
Baru-baru ini, BuzzKini telah diberikan peluang untuk menyaksikan persembahan dari Natalie Black yang merupakan penyanyi tribute kepada Adele sehingga mencetuskan fenomena dalam industri seni.
Natalie Black telah telah mula dikenali dengan persembahan terbaiknya sejak tahun 2011.
Konsert ini adalah bersempena dengan “Adele Tribute Hometown Glory” yang diadakan pada 18 dan 19 Oktober di The Platform Menara Ken, TTDI.
Nyanyi lebih daripada 10 buah lagu Adele
Sepanjang konsert ini berlangsung Natalie telah membawa lebih daripada 10 lagu yang dinyanyikan oleh Adele dalam beberapa album seperti 21, 25 dan juga 30 selama dua jam.
Apa yang menerujakan para penonton, sebaik sahaja Natalie mula menyanyikan lagu Easy On Me suaranya saling tak tumpah seperti penyanyi sebenar.
Malah wajah yang seiras turut membuatkan kami rasa seolah-olah sedang menonton konsert Adele.
Walau bagaimanapun sepanjang persembahan Natalie, dia tidak berseorangan di atas pentas sebaliknya ditemani pemain piano yangg dikenali sebagai Pierce Tee.
Antara lagu yang dinyanyikan pada malam tersebut adalah:
- Set Fire To The Rain
- Hello
- Easy On Me
- Make You Feel My Love
- Chasing Pavements
- Someone Like You
- Skyfall
- Send My Love
- Rolling In The Deep
- When We Were Young
- All I Ask
Natalie ketika persembahan turut mendendang sebuah lagu bertajuk ‘Need You Now’ yang dinyanyikan oleh Lady Antebellum.
Selain itu, turut kelihatan para peminat yang hadir terhibur dengan nyanyian yang dipersembahkan oleh penyanyi berkenaan.
Bukan hanya itu, dia juga turun dari pentas dan mengambil kesempatan itu untuk bergambar bersama peminat-peminat sambil bernyanyi.
Tunku Zain turut mencemar duli mainkan piano bersama Natalie
Menerusi muat naik Natalie di Instagram, difahamkan salah satu daripada persembahannya turut dihadiri oleh Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz iaitu anak kedua kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“Jadi pada malam 17 Oktober, putera raja Malaysia iaitu Tunku Zain telah hadir dan memainkan piano secara langsung bersama saya!
“Kami memainkan lagu Skyfall bersama dan juga When We Were Young! Saya sangat berbesar hati. Ia adalah malam yang hebat,” kata Natalie.