‘Ia Termasuk Kategori Rasuah’, Haram Bagi & Terima Duit Untuk Raih Undi – UAI [Video]

Esok (12 Ogos) bakal berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Tepat pada jam 12 malam ini, kesemua gabungan parti dan wakil akan berhenti berkempen bagi meraih undian daripada rakyat.

Pada ketika ini, dapat dilihat pelbagai jenis kempen yang dilakukan antaranya seperti siri jelajah yang dipenuhi dengan pembentangan manifesto daripada pemimpin parti serta pemasangan bendera dan poster kempen di kawasan terlibat.

Namun, terdapat dakwaan yang kononnya masih berlaku pemberian wang bagi memancing undi dari pengundi setempat.

Haram Beri dan Terima Duit Bagi Raih Undian

Namun, tahukah anda, hukum memberi dan menerima duit bagi meraih undi adalah haram di sisi agama Islam.

Perkara ini pernah dikongsikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi video ceramahnya yang tular beberapa tahun yang lalu.

Menurut beliau, perbuatan memberi dan menerima duit supaya mengundi seseorang calon adalah berdosa dan jelas bertentangan dengan agama Islam.

Menurut UAI, perbuatan itu termasuk dalam kategori rasuah dan neraka adalah tempat khas buat individu yang mengamalkannya.

Tambah beliau, semua pihak tidak terkecuali daripada dikenakan hukuman ini termasuk wakil rakyat, pemimpin parti politik, Perdana Menteri atau orang kenamaan yang lain.

“Yang tukang bagi pitis (duit) untuk rasuah, yang tukang makan (penerima) rasuah semuanya dalam neraka. Tidak kira siapa agong, sultan, menteri atau wakil rakyat.

“Kalau sesiapa rasuah dalam api nerakalah tempatnya. Ini bukan ustaz, maulana atau syeikh kata, ini Nabi yang bagitau,” katanya dalam satu sesi ceramah pada tahun 2018.

Saran Solat Istikharah Untuk Memilih Calon

Menurut beliau, cara yang terbaik untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih pemimpin adalah dengan melakukan solat Istikharah kerana Allah tidak pernah akan menipu hambanya.

“Nabi kata, apa-apa yang meragukan kamu hendaklah dibuat solat Istikharah bagi memilih pemimpin yang terbaik dan bukannya suka menipu.

“Contoh pemimpin yang baik adalah seperti zaman sahabat Nabi dahulu. Bila susah mereka akan susah bersama-sama, bila akan senang bersama-sama rakyat.

“Bukan mereka senang, tapi rakyat yang susah. Itu pemimpin zalim,” tegas beliau.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

22 mins ago
  • Trending

“All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]

Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…

59 mins ago
  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

19 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

19 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

20 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

21 hours ago