Lelaki Gila Talak Serang Kekasih Bekas Isteri Guna Kapak Kerana Cemburu

Seorang lelaki di Sabah cedera parah selepas ditetak menggunakan kapak oleh bekas suami teman wanitanya kerana cemburu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan terbuka berhampiran bulatan Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada pukul 9 malam kelmarin (9 Ogos).

Ibu jari kaki kanan mangsa hampir putus akibat ditetak

Mangsa berusia 37 tahun mengalami luka pada bahagian muka, tangan dan kaki hingga ibu jari kaki kanan hampir putus.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah, ketika kejadian mangsa bersama teman wanitanya yang berusia 30 tahun sedang makan di dalam kereta di kawasan tersebut.

“Tiga lelaki termasuk suspek iaitu bekas suami teman wanitanya kemudiannya menghampiri mangsa sebelum bertindak menyerang lelaki itu menggunakan sebilah kapak.

“Mangsa ditetak di dalam kereta berkali-kali oleh bekas suami teman wanitanya hingga cedera di muka, tangan serta kaki. Pasangan itu menyelamatkan diri dan menuju ke Balai Polis Alam Mesra,” katanya dipetik Kosmo hari ini (11 Ogos).

Wanita terbabit dengan bekas suaminya bercerai sejak sebulan lalu

Wanita tersebut dikatakan berkahwin adat kampung dengan bekas suaminya itu pada tahun 2015 sebelum bercerai pada bulan lalu.

Mangsa dan teman wanitanya itu juga baru sahaja menjalinkan hubungan kekasih sejak dua minggu lalu selepas saling berkenalan selama enam bulan.

Selepas kejadian tersebut, mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan manakala teman wanitanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Menurut Mohd. Zaidi lagi, motif serangan dipercayai kerana cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

Pihak polis juga kini mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes berkenaan. Mereka ialah Winhal Jalali, 37, bekas suami kepada teman wanita mangsa. Dua lagi individu ialah Abdel Jalali, 27, dan seorang lagi belum dikenal pasti iaitu rakannya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Khaidir Zakaria di talian 014-8019618.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago