Ramai Terhibur Lihat Iklan Bilik Sewa Siap Dapat 2 ‘Mini Bath Tub’ Dengan Harga RM250

Apabila mencari rumah atau bilik sewa sudah tentu kita akan mencari bilik yang memuaskan dan selesa.

Ini kerana di situlah tempat anda akan berehat selepas seharian bekerja.

Bukan hanya itu, ruang yang selesa dan ‘cosy’ akan menjadi terapi agar anda bersemangat untuk memulakan rutin harian.

Bilik sewa sempit tarik perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Twitter yang dikongsikan oleh Faiz menunjukkan satu iklan bilik untuk disewa di Ipoh, Perak sehingga ia menarik perhatian ramai.

Menerusi gambar yang dikongsikan kelihatan bilik untuk disewa itu mempunyai ruang yang sempit serta kurang sesuai untuk didiami.

Meskipun tuan rumah memberikan katil dan kipas di ruangan tersebut namun jelas ia sebenarnya adalah ruang dapur yang dilengkapi dengan dua sinki.

Hanya dapat memasuki satu katil bujang sahaja

Malah dapat dilihat ruang bilik berkenaan hanya mampu memuatkan satu katil bujang sahaja manakala di bahagian kanan dipenuhi dengan ‘table top’ yang panjang.

Menerusi semakan kami di laman sesawang Room Grabs bilik kecil itu disewa dengan harga RM250 termasuk dengan bayaran utiliti dan boleh mula dihuni bermula Ogos ini.

Selain itu penyewa juga dibenarkan untuk memasak, membasuh baju selain dilengkapi dengan air panas dan memaklumkan ia juga mempunyai kemudahan lain seperti kedai serbaneka, klinik dan macam-macam lagi.

Ramai terhibur dengan iklan, siap dapat dua ‘mini bath tup’

Perkongsian itu di Facebook Room Grabs telah menarik perhatian orang ramai apabila mereka merasakan ruang itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai bilik sewa.

Malah ada yang berseloroh dengan mengatakan adakah mereka perlu mandi di sinki tersebut.

Tidak kurang juga mengatakan bilik itu didatangi dengan dua ‘mini bath tub’ (dua sinki) dan mereka boleh meletakkan kucing di dalam bilik berkenaan.

“Best macam ni, ada tempat cuci”

“Makan sambil tidur”

“Boleh letak kucing dekat sini”

“Tempat mandi mayat”

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

9 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago