Tak Tahu Nak Undi Siapa Ketika PRN? Ini Panduan Pilih Calon Yang Dikongsikan Oleh Dr Zulkifli

Esok (12 Ogos), rakyat Malaysia di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PRN: SPR Umum 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon [Video]

Oleh itu, pasti akan ada segelintir individu atas pagar yang masih buntu untuk memilih calon dari parti yang mana harus diundinya.

Malah kebanyakan orang juga bertanya bagaimana untuk menilai seseorang calon itu sebelum melakukan undian terhadap individu tersebut untuk menjadi pemimpin di Dewan Undangan Negeri (DUN).

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Selesaikan Isu Air Antara Tawaran Manifesto PN Kelantan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini Antara 70 Inisiatif PH-BN Untuk Rakyat Negeri Sembilan

Tak perlu khuatir lagi, di sini kami akan kongsikan panduan untuk memilih calon seperti yang dijelaskan oleh Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Dr Zulkifli berkongsi beberapa penilaian yang harus dilihat oleh pengundi sebelum memilih calon tersebut berlandaskan agama Islam.

Berikut adalah panduan yang dikongsikan oleh Dr Zulkifli:

#1 Undi calon yang sabar dan berprinsip

Menurutnya, sebagai pengundi beliau akan memilih seorang calon yang mempunyai sifat penyabar serta memiliki prinsip yang teguh.

Penilaian ini penting kerana ada dinyatakan dalam Surah al-Sajdah ayat 24.

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةًۭ يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا۟ ۖ وَكَانُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا يُوقِنُونَ

“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.”

Surah al-Sajdah, ayat 24

#2 Undi calon kompeten, faham tugas dan berintegriti

Sebagai pengundi sama seperti kita, Dr Zulkifli juga akan menilai calon yang akan diundinya berdasarkan integriti seseorang calon, memahami tugas serta kompeten iaitu cekap dan layak menjalankan tugas sebagai pemimpin.

Hal ini sama seperti apa yang dijelaskan di dalam Surah al-Qasas ayat 26 dan Surah Yusuf ayat 55.

قَالَتْ إِحْدَىٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسْتَـْٔجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ ٱسْتَـْٔجَرْتَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْأَمِينُ

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: ‘Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.’”

Surah al-Qasas, ayat 26

قَالَ ٱجْعَلْنِى عَلَىٰ خَزَآئِنِ ٱلْأَرْضِ ۖ إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌۭ

“Yusuf berkata: ‘Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.’”

Surah Yusuf, ayat 55

Jelas Dr Zulkifli, di dalam dunia politik ini sudah pasti sukar mencari pemimpin seperti ‘Musa’ dan ‘Yusuf’, namun pilihlah calon daripada parti yang mampu membentuk koalisi yang mantap dan paling kurang mudaratnya.

#3 Undi calon yang jaga agama dan prihatin pada rakyat bawahan

Sebagai umat Islam, kita haruslah memilih calon yang mampu menjaga agama serta prihatin kepada rakyat terutamanya golongan B40.

Perkara ini juga ada dinyatakan dalam surah al-Hajj ayat 41.

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا۟ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Surah al-Hajj, ayat 41

#4 Undi calon yang tidak dikenali sebagai penipu

Rakyat yang akan mengundi pada esok hari juga dinasihatkan agar mengundi calon yang tidak dikenali sebagai penipu.

Menurut Ma’qil bin Yasar daripada Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa diberi tanggungjawab oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya Allah mengharamkan syurga atasnya.”

Malaysia sememangnya negara yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama, oleh itu pasti akan ada beberapa calon di sesetengah kawasan yang bukanlah Muslim.

Jadi mesti akan ada yang bertanya apakah hukum sekirannya kita mengundi calon yang bukan beragama Islam ini?

Boleh ke undi calon bukan Muslim?

Ujar Dr Zulkifli, hukum mengundi calon bukan Muslim adalah dibolehkan, melainkan terdapat sifat yang mendatangkan ancaman kepada agama Islam, tidak amanah dan tiada kepakaran dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

“Kesemua faktor berkenaan perlu diambil kira sebelum mengundi. Ini merupakan pandangan Ibnu Hajar al-Haitami, al-Ramli, Khatib as-Syarbini, Ibn al-‘Arabi, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, guru kami Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, Syeikh Dr. Rachid Ghannouchi dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan orang ramai agar memilih calon yang kurang memberi kemudaratan sekiranya mempunyai dilema dalam mengundi.

Haram merosakkan undi & berdosa jika sengaja tidak mengundi

Selain itu, Dr Zulkifli juga mengingatkan orang ramai agar tidak membuat undi rosak atau tidak mengundi dengan sengaja.

“Haram merosakkan undi. Ia termasuk dalam larangan menyembunyikan kesaksian dalam Surah al-Baqarah ayat 283. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah mengeluarkan fatwa berdosa bagi sengaja yang tidak mengundi,” katanya lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Politik Mana Ada Dalam Islam” – Makcik Akui Tak Pernah Mengundi Undang Perhatian Ramai [Video]

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

8 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

8 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

10 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

11 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

12 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

13 hours ago