fbpx
Now Reading
“Politik Mana Ada Dalam Islam” – Makcik Akui Tak Pernah Mengundi Undang Perhatian Ramai [Video]

“Politik Mana Ada Dalam Islam” – Makcik Akui Tak Pernah Mengundi Undang Perhatian Ramai [Video]

Jelas wanita itu, pemakaian seseorang itu belum tentu dapat mengubah negara ini agar dipimpin oleh pemimpin Islam yang sebenar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang wanita yang mengkritik calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Norwani Ahmat mengenai hal berkaitan politik dan Islam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Norwani Ahmat di akaun TikTok miliknya, calon DUN yang mewakili parti Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu dipercayai sedang berkempen dengan beramah mesra bersama penduduk setempat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Calon ADUN Paroi terima kritikan dan teguran dari seorang wanita

Bagaimanapun, dia sebaliknya menerima kritikan dan teguran ketika menemui seorang warga emas wanita yang juga penduduk di kawasan tersebut.

Jelas wanita itu, pemakaian seseorang itu belum tentu dapat mengubah negara ini agar dipimpin oleh pemimpin Islam yang sebenar.

“Walaupun pakai serban sebesar rumah sekalipun, tetap dia tidak mampu menukar Tanah Melayu kita menjadi sebuah negara yang dipimpin pemimpin benar-benar Islam sebenar.

“Adakah dia (pemimpin) dapat tukarkan mata wang menjadi mata wang yang sebenar, mana yang kata Islam nak berjuang?” kata wanita itu.

Tak pernah mengundi, politik tiada dalam Islam

Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga mendakwa tidak pernah mengundi sejak dahulu lagi kerana mengatakan politik tidak ada di dalam Islam.

“Makcik tak sokong, memang acik tak mengundi sebab politik ni mana ada dalam Islam, yang terlibat ni kenapa?

“Tak takut ke nanti Allah tanya ‘kenapa mu terlibat benda-benda yang zaman nabi tak buat?’, kenapa tak lawan serupa zaman dulu,” kata wanita itu lagi.

Makcik dakwa golongan alim ulama banyak ikut dajal suatu hari nanti

Selain itu, individu berkenaan juga menyatakan kebanyakan orang yang akan mengikuti dajal suatu hari nanti adalah golongan-golongan alim ulama.

Wanita itu juga mengingatkan calon DUN tersebut agar tidak terasa hati atau marah dengan kata-kata yang diucapkan olehnya.

@norwani_ahmat

“TAKDA POLITIK DALAM ISLAM!” Saya bersyukur kerana tinggal di dalam masyarakat yang majmuk, saya didedahkan dengan pelbagai kaum, golongan, dan ideologi dari setiap orang. Oleh itu, saya tetap MERAIKAN kepelbagaian fahaman dari setiap insan kerana khususnya untuk Pilihanraya, HAK MENGUNDI ADALAH HAK INDIVIDU. Saya bertuah kerana dapat bertemu wanita hebat ini kerana beliau mempunyai sifat bersungguh dalam meneruskan kelangsungan hidup, dan tegas dalam sesuatu perkara. Kepelbagaian inilah yang kita harus raikan. Walau apapun berlaku, saya tetap sayang warga DUN Paroi. Undilah calon Nombor 2 untuk DUN N.25 Paroi, calon dari Kerajaan Perpaduan, calon yang sedia untuk berkhidmat untuk Dun Paroi, Norwani Ahmat, sedia berkhidmat. #wani4paroi #MonangBosamo #beliamadani #n25paroi #malaysiamemilih #negerisembilan #pilihanraya #paroisejahtera #jombalikundi #pakatanharapan #barisannasional #anakmalaysia #sihatselamatsejahtera #PerpaduanDemiKestabilanDanKemakmuran #senawang

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Video tular tersebut menerima lebih 2 juta tontonan dan 61,200 tanda suka di TikTok sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Netizen beri pelbagai pandangan tentang kenyataan wanita itu

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pandangan berbeza-beza mengenai kenyataan wanita terbabit.

Ada segelintir netizen bersetuju dengan kenyataan wanita itu dan ada juga yang menyifatkan individu terbabit sebagai sudah terpesong.

Untuk info, Norwani Ahmat merupakan calon PH dari Parti Amanah Negara (AMANAH). beliau juga merupakan Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.