Sanusi Didakwa ‘Tayang’ Kertas Undi, Netizen Mula Persoal Tindakan Menteri Besar Kedah [Video]

Hari ini, 12 Ogos merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, rakyat di keenam-enam buah negeri tersebut bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang telah dilihat turun padang bagi melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memilih wakil rakyat.

Walau bagaimanapun, beberapa insiden tidak diingini telah berlaku bermula seawal pagi tadi di mana pengundian di Paya Terubong ditangguhkan selepas peti undi didakwa tidak berkunci, manakala seorang wanita di Kedah meluahkan kekecewaan di Facebook apabila tidak dapat mengundi kerana mendakwa kad pengenalan miliknya diguna individu lain.

Macam-macam hal pula berlaku hari ini.

Artikel Berkaitan: PRN: Warga Emas Dakwa Suami OKU Jadi ‘Mangsa’, Petugas SPR Pangkah Undi Tidak Seperti Yang Dikehendaki [Video]

Artikel Berkaitan: PRN: “Pengundi Hantu Itu Wujud” – Wanita Di Kedah Kecewa Tak Dapat Mengundi, Dakwa IC Diguna Individu Lain

Tidak terhenti di situ sahaja, baru-baru ini dikhabarkan bahawa Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selepas dengan sengaja menayang kertas undi miliknya kepada petugas media yang berada di kawasan tersebut.

Menurut ciapan oleh seorang pengguna Twitter (X), Muhammad Sanusi dengan jelasnya mempamerkan pilihan yang dipangkah di atas kertas undi itu sebelum memasukkannya ke dalam kotak undi.

“Manusia terdiri dari dua jenis orang. Orang bijak yang tahu mereka bodoh, dan orang bodoh yang menganggap mereka bijak,” ciapnya menerusi laman X.


Sanusi Buat Kesalahan Di Bawah Perkara (39)

Menerusi laporan Awani, semakan di atas akta berkaitan mendapati Muhammad Sanusia telah melakukan kesalahan di bawah Perkara (39) yang menyebut, “Tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.”

Oleh yang demikian, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.


Netizen ‘Hentam’ Tindakan Sanusi

Tindakan Muhammad Sanusi tidak dinafikan telah meraih perhatian ramai warganet di mana mereka meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kelakuan Menteri Besar Kedah tersebut.

Walau bagaimanapun, penjelasan lanjut daripada pihak Muhammad Sanusi dan SPR masih belum dikeluarkan.

Pihak BuzzKini akan mengemas kini artikel ini sejurus penjelasan dikeluarkan.

Tok Mat pernah buat perkara sama, SPR jawab tidak pasti adakah melanggar peraturan

Untuk rekod, Muhammad Sanusi bukanlah ahli politik pertama yang berbuat demikian. Sebelum ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan juga pernah mempamerkan kertas undinya kepada media sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau pada 2019.

Namun Pengerusi SPR pada waktu itu, Tan Sri Datuk Azhar bin Azizan @ Harun berkata pihaknya tidak pasti sama ada tindakan Tok Mat telah melanggar peraturan.

Ini kerana Tok Mat sendiri yang mendedahkan undinya kepada umum justeru SPR perlu meneliti semula peraturan-peraturan yang berkaitan.

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

38 mins ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

60 mins ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

2 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

3 hours ago