Tersalah Rumah Simbah Cat, Ah Long Minta Maaf & Tawar Ganti Rugi Pada Owner Rumah

Sudah menjadi lumrah, setiap kali melakukan kesalahan kepada seseorang, kita sebagai manusia akan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

Walau bagaimanapun, tidak semua individu sanggup merendahkan ego menghulurkan kata maaf terutama jika salah itu sememangnya datang dari diri sendiri.

Namun, lain pula dengan sikap seorang peminjam wang haram atau dikenali sebagai Ah Long di Batu Pahat, Johor.

Umum mengetahui kebanyakan pemilik pinjaman wang tidak berlesen ini atau ceti haram sememangnya tidak mempunyai hati perut dan belas ihsan.

Ah Long Minta Maaf Kepada Tuan Rumah, Tersalah Sasaran Simbah Cat Kepada Kediaman

Namun, menerusi hantaran di dalam sebuah kumpulan Facebook Batu Pahat, seorang Ah Long membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemilik sebuah rumah di Batu Pahat, Johor.

Menerusi hantaran tersebut, pemilik akaun yang dinamakan sebagai DK DK membuat permohonan maaf secara terbuka setelah menyedari kesilapan syarikatnya ketika mahu mengugut salah seorang peminjam.

Pemilik akaun itu mengakui mereka telah merosakkan sebuah kediaman dengan menyimbah cat merah sebanyak dua kali kepada rumah itu sebelum menyedari bahawa alamat rumah yang disasarkan adalah salah.

Jelaskan Penghuni Rumah Tidak Berhutang Apa-Apa, Tawarkan Ganti Rugi

Menyedari kesilapannya itu, Ah Long tersebut memohon maaf dan turut menjelaskan bahawa pemilik rumah itu tidak mempunyai apa-apa hutang dengan syarikatnya.

Malah, dia juga turut menawarkan ganti rugi kepada tuan rumah tersebut atas kerugian dan kerosakan yang dialami olehnya.

Terdahulu, pemilik rumah berkenaan dikatakan pernah membuat hantaran berhubung kesilapan Ah Long itu dalam kumpulan Facebook yang sama. Namun, hantaran itu tidak disedari sehinggalah baru-baru ini.

Foto: FB Batu Pahat

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata menganggap ia suatu perkara yang luar biasa dan tidak menyangka Ah Long tersebut sanggup mengakui salahnya serta memohon maaf kepada tuan rumah.

Malah, ada segelintir yang menganggap ia satu perkara yang menghiburkan kerana Ah Long yang dikenali lazimnya tiada hati perut dan tidak mempunyai belas ihsan kepada manusia.

Namun, semakan kami di kumpulan Facebook tersebut mendapati hantaran asal telah dipadam oleh pemilik akaun itu.

Baca Artikel Berkaitan: Ah Long Silap ‘Target’ Rumah, Mangsa Di Johor Terpaksa Tanggung Rugi Rumah Dibakar [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Myvi Milik Guru Tuisyen Terbakar, Disyaki Angkara Ah Long

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

20 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

20 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

21 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

21 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

21 hours ago