Individu Gaji RM4,400 Sebulan Cadang Mahu Beli Kereta Mazda 3, Netizen Saran Beli Myvi

Pada masa kini, kereta merupakan satu keperluan dalam kehidupan harian. Namun, dalam membuat pembelian, ianya perlulah bergantung kepada bajet dan poket individu itu.

Kebanyakan individu pada masa kini dilihat lebih memilih dan membeli kereta yang hakikatnya di luar kemampuan masing-masing.

Majoritinya membeli kereta hanya mahu mengikut trend dan gaya terkini tanpa sedar pembelian itu boleh menjerat diri terutama ketika berlaku kecemasan.

Walaupun begitu, masih ada lagi individu yang peka dan bertindak bijak sebelum membuat pembelian dengan mendapatkan buah fikiran orang ramai dalam membuat keputusan.

Tidak Banyak Komitmen Bulanan, Individu Cadang Mahu Beli Mazda 3 Hatchback

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di Twitter @surayanor, seorang individu bertanyakan pendapat orang ramai mengenai cadangannya untuk membeli Mazda 3 Hatchback.

Menurut individu berkenaan, dia bercadang membeli kereta model tersebut kerana komitmen bulanannya hanya berjumlah RM333 berbanding gaji bulanannya sebanyak RM4,400.

Dia bercadang mahu menggunakan pendapatan bulanannya itu sebaiknya dengan membeli Mazda 3 Hatchback.

Foto: Twitter @sorayanor

Netizen Cadang Beli Myvi, Gaji Dua Angka Baru Selesa Pakai Mazda

Namun, cadangannya itu nyata menarik perhatian warganet. Seorang individu, @natasahagideon yang menggunakan Mazda 3 Hatchback berpendapat, individu berkenaan boleh membeli Perodua Myvi memandangkan kos bulanan dan insurans Myvi lebih murah berbanding Mazda 3.

Bagi Natasha, dengan gaji RM4,400, pembelian Mazda 3 Hatchback akan menyebabkan 35% daripada pendapatan individu itu akan digunakan untuk kereta sahaja.

“Pengguna Mazda 3 Sedan di sini. Untuk Hatchback, harga di pasaran sekitar RM143 ribu hingga RM160 ribu. Bayaran bulanan dalam RM1,400-1,600 sebulan. Tayar empat biji RM1,400-2,000. Insurans RM3,000,” ciapnya di Twitter.

Tambah Natasha, untuk memakai kereta itu dengan selesa, seorang individu perlu mempunyai pendapatan gaji lima angka sebulan.

Natasha juga turut menyarankan agar individu berkenaan membuat pelaburan yang boleh menguntungkan dirinya seperti membeli aset atau mengambil insurans berbanding membeli kereta yang bersifat liabiliti.

“Saya berdoa sangat awak belum beli kereta yang bayaran bulanan melebihi RM650 sebulan. Please muhasabah diri. Solat istikarah ke. Itu adalah pilihan paling teruk untuk berbelanja sedemikian,” ciapnya lagi.

Respon yang diberikan oleh Natasha itu turut mendapat persetujuan netizen. Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan pendapat yang diutarakan olehnya terutama dalam membeli kereta yang murah kadar bayaran bulanan atau tidak perlu membuat hutang baharu.

Saya Yang Dah Tiada Hutang Pinjaman 7 Tahun Pun Tidak Terasa Hendak Beli Kereta Baru

Baik Beli Myvi, Maintenance Pun Murah, Kepala Tak Pening Hujung Bulan

Gaji Saya Yang Dah RM7,000 Pun Belum Tanam Cita-Cita Beli Kereta Baru

Tak Faham Orang Gaji RM3,000 – RM4,000 Sanggup Buat Bayaran Bulanan Kereta RM1,000 – RM2,000 Sebulan

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Pelumba Motosikal Saran Anak Muda Tidak Beli Sport Rim & Helmet Mahal Semata Demi Hobi

Baca Artikel Berkaitan: 10 Daripada 100 Rakyat Malaysia Beli Rumah Tak Sepadan Dengan Gaji

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago